Isnin, 2 April 2018

Belajar jawi dengan cara menyeronokkan


Dalam pasaran, sukar ditemui buku dalam tulisan jawi. Jika ada pun, lebih mudah didapati dalam majalah kanak-kanak seperti Majalah Asuh terbitan Galeri Ilmu.

Baru-baru ini kami gunakan HiJAAQ semasa sesi pembelajaran anak-anak. Bagi anak yang baru belajar membaca jawi, elok juga gunakan kad-kad HiJAAQ ini. 

Kita tunjuk cara dan anak tiru. Kemudian buat aktiviti menulis.


Untuk kali ini, saya berikan ayat pendek, bantu anak tukar ke tulisan jawi dan dia susunkan kad HiJAAQ. Seronok!


Cuma tak cukup 1 kotak. Kena beli lebih jika anak / anak murid lebih dari seorang 😅

Kad ini telah disusun ikut susunan dalam kotaknya tapi anak jenis suka nak mencari. Maka sesi ini jadi makan masa sedikit 😄

Oh ya, nak tahu apa itu HiJAAQ? Boleh baca di sini --> HiJAAQ

Selain HiJAAQ, anak saya gunakan Majalah Inspektor Jawi untuk aktiviti pengayaan. Menarik sangat sebab ada banyak permainan bahasa di situ. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015