Jumaat, 6 April 2018

Mengenal a, i, u


Apabila tiada laptop dan printer, ginilah jadinya. Idea ada tetapi dapat dilakar sahaja. Lama bertangguh untuk buat aktiviti dengan anak.

Kali ini tidak boleh tidak perlu buat juga ๐Ÿ˜„


Buat bunga dengan 5 kelopak. Tuliskan huruf bersesuaian dan minta anak padankan huruf pada tengah bunga dengan kelopak yang betul dengan penyepit baju.


Mahu tahan lama, buatlah atas kad manila atau laminate. Ini kes tak sempat buat, anak sudah terjah๐Ÿ˜…

Sudah masuk anak ketiga, maka hati ummi sudah semakin 'kebal'. Tidak perlu rushing. Anak akan ambil masa untuk faham dan cam. Sabar itu kuncinya.

Moga jadi ibu yang sabar ✊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015