Jumaat, 13 April 2018

Kelas Membaca hari ini..


Petang tadi, menjaga anak buah comel lagi soleh di rumah mak. Maka, sesi kelas membaca bersama anak-anak buah pun ditukar ke rumah mak saya (a.k.a nek ummi 😉).

Disebabkan keletihan, saya tertidur sehingga Asar! Terasa baru bangun beberapa minit, anak-anak ini pun sampai. 

Wah, punctual! Haha.. terhuyung-hayang juga mak long ni nak urus diri.

Ok, hari ini belajar bunyi fonik 'h' dari Read Easy buku 3. Sedang ajar mereka bertiga, "TUMMMM!!!" Bunyi guruh! Masya Allah. Hujan lebat turun menderu serentak selepas itu.

Anak-anak ini pun nampaknya dah mula kurang fokus. Takutkan guruh @ mahu main hujan? 😂

Sempatlah mereka berlatih membaca sehingga muka surat 10. Aktiviti tambahan ~ buat lipatan origami "House". Hari ini tak sempat siap sebab masing-masing nak main basikal.



Jumpa nanti ya anak-anak. Esok kita belajar fonik 's' pula. Insya Allah 😊 Apa pula aktiviti esok, ya?

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015