Sabtu, 25 April 2020

Buku untuk pembaca awal (early readers)

Alhamdulillah dah masuk malam ketiga Ramadan. Alhamdulillah, moga kita jadi semakin baik setiap hari 💪

Hikmah PKP, kerja rumah jadi lebih ringan asbab semua boleh tolong buat kerja serentak 🤭 Jadi dapatlah saya catat perkembangan bacaan anak ketiga.

Kak Teh akan masuk usia 6 tahun tak lama lagi. Disebabkan dia baru sahaja belajar membaca, jadi perlu bimbing untuk lebih lancar dan faham apa yang dibaca. Masalahnya buku asyik salah letak je. Huhu.

Catatan ini bermula pada 11 April. Sebelum ini hanya saya yang bacakan anak buku setiap hari. Memang tak catat pun buku apa yang dibacakan kepada anak-anak.

Buku di bawah ini kebanyakannya sesuai untuk anak yang baru belajar membaca.

11 April 2020

Ada pengulangan kata pada ayat. Hazran sekeluarga keluar membeli-belah di kedai. Ada 5 kedai dengan 5 jenisnya seperti menjual alat permainan, buku, kedai runcit dan sebagainya.

12 April 2020

Ketiga-tiga buku ini adalah bacaan bergred dengan suku kata berwarna terbitan Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. Anda boleh cari Siri Mudah Baca dan Set Seronoknya Membaca Siri Kunci 1





13 April 2020

Buku comel terbitan Ameen Books. Saya beli di PBAKL 2014 di reruai Ameen Books. Tak silap saya ia diadakan di Maeps, Serdamg. Memang ada 3-4 ayat sahaja dalam buku ini. Direka khas untuk bayi kecil bawah 3 tahun.

Buku Ke Mana Perginya? ialah edisi saiz kecil berbanding edisi pertama bersaiz buku besar. Terbitan PTS. Kini ada versi lain (bersaiz besar) 9" x 11" terbitan Oyez Bookstore.






Insya Allah akan kemaskini dari masa ke semasa. Semoga dapat memberi idea kepada anda yang mencari buku sesuai untuk pembaca awal. Jumpa lagi. 

Aina Dayana Hilmi,
Tulis buat kenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015