Isnin, 13 April 2020

Mengenal huruf hijaiyah

PKP yang sudah masuk fasa ke-3 dan saya masih tak full gear untuk aktiviti anak-anak. Sejak ada bayi kecil, tumpuan besarnya kepada si comel ini.

Anak-anak yang besar, meskipun ada jadual tapi tetap perlukan pantauan kita. Sementara saya duduk di rumah emak, bolehlah tengokkan sekali dua orang anak buah yang stranded di kampung ☺️

Mereka pulang ketika cuti sekolah Mac dan apabila arahan PKP fasa 1, mereka terus duduk di sini sehingga hari ini. Jadi ada 7 orang kanak-kanak dari umur 10 bulan hingga 10 tahun. 

Waktu baca zikir petang

Dia punya havoc bila bergaduh tu yang saya pun tak tahan. Huhu. Tapi sekarang dah OK alhamdulillah ❤️

Oklah, nak catat tentang ajar anak no empat sebenarnya. Aman ni umur 3 tahun 6 bulan. Sekarang dalam fasa mengenalkan huruf hijaiyah. Ada orang tegur kenapa lambat sangat ajar Aman mengaji? Saya senyum je.


Pengalaman mengajar saya. Jangan bandingkan anak kita dengan orang lain. Nanti kita yang tertekan. Matlamat saya biarlah anak dapat belajar dalam suasana yang positif.

Buat permulaan, saya menggunakan :

1) Kad Imbas Khadijah (KIK)

Sumber gambar : Telaga Biru

Inovasi pertama di Malaysia. Menggabungkan teknik visual bagi memudahkan anak mengecam huruf hijaiyah. 

KIK didatangkan dalam sebuah kotak khas berwarna kuning, ada sebuah buku panduan serta 28 keping kad bercetak depan dan belakang.

Macam-macam boleh buat dengan KIK tau. Dulu saya pernah jemput Pn Khadijah Gani sendiri untuk demo dan buat playgroup menggunakan KIK ❤️ Seronok!

Anak yang besar pun dok main KIK ☺️

Anak diperkenalkan dengan 5 keping kad setiap hari. Tak ikut urutan pun tak mengapa.
Selepas perkenalkan, boleh main teka-teki. 

Huruf apa macam bot?
Tunjuk ummi huruf yang tegak macam pokok.

Gitulah dan seterusnya.

2) Membina BBB (bahan bantu belajar) sendiri.

Sebelum

Marilah kita gigih melukis dan mewarna 😁 Dek kerana ink printer dah habis. Permainan ini untuk padankan huruf yang sama. Dalam template ini ada huruf alif hingga zho sahaja.

Selepas siap

Mahu buat dalam bentuk folder game tapi nak jimat kad manila punya pasal, saya biarkan terbuka begini. Kalau folder game, biasanya boleh ditutup.

(Dahulu pernah buat untuk anak ketiga. Klik sini)

Nanti difikirkan BBB lain. Insya Allah.
Jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015