Jumaat, 17 April 2020

Pengat Pisang Nipah

Alhamdulillah sehari dua ini rasa semakin sihat. Jadi bolehlah fokus kepada masak-memasak. Saya bukan orang yang mahir tetapi jika cukup bahan dan kuat semangatnya, saya usahakan sebaiknya insya Allah🤭

Pisang nipah

Minggu ini memang "tema" pisang sahaja. Banyak pisang nipah di rumah. Asyik goreng sahaja, tekak orang rumah nakkan kelainan juga, kan? Mak mertua pun menyebut mahu makan pengat.

Makanya, menantu yang ini pun dok Google resipi 😂 Alhamdulillah syukur kejadian dan hasilnya sedap. Tak cukup pula tu😅 Semalam buat, hari ini pun saya buat lagi. 

Pengat pisang



Bahan :

Sesikat pisang nipah
2 helai daun pandan
2 buku gula melaka
Sedikit gula pasir (saya masukkan 2 sudu gula organik)
Air secukupnya
Biji sagu (Saya guna 5 sudu. Tapi lihat kepekatan kuah anda)
Sedikit garam
1 cawan santan segar (lebih kurang 250ml atau sekotak santan)

Cara

1. Didihkan air, daun pandan dan gula melaka sampai gula larut.



2. Masukkan santan dan pisang yang telah dipotong kecil. Kacau sebati.



3. Masukkan sedikit garam.

4. Masukkan biji sagu (Saya masak asing untuk cepatkan proses memasak pengat). Kacau sebentar hingga mendidih. Tutup api.


5. Siap untuk dihidangkan.

Terima kasih Allah kerana izinkan kejadian elok. Rezeki juga ada pisang banyak minggu ini.

Aina Dayana Hilmi,
Practice makes perfect 👌

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015