Sabtu, 28 Oktober 2017

Badan sihat, hidup ceria


Setelah sekian lama, akhirnya saya mula membaca pelbagai maklumat tentang pemakanan. Meskipun halal belum tentu lagi toyyib.

Kesedaran membaca label makanan saya masih kurang. Jadi saya mulakan dengan mengikuti para doktor yang pakar dalam bidang ini serta menyertai beberapa Facebook Group yang membincangkan soal ini.

Lalu, saya dapat simpulkan bahawa sebahagian besar serangan asma saya adalah berpunca dari makanan. Malah, vertigo yang dialami suami turut berpunca dari makanan. Saya sudah dapat kenalpasti roti putih menjadi punca saya kena serangan asma.

Sememangnya mencabar apabila perlu berpantang makanan yang biasa kita makan seperti gula, makanan berproses, segala macam sos dan kicap.

Tapi sebenarnya banyak lagi bahan yang kita boleh makan.

Buat permulaan, saya hentikan pengambilan roti putih. Mencabar sebab saya memang 'hantu' roti. Roti putih ada bahan gluten dan ia boleh merosakkan sistem pencernaan.

Gula putih memang sudah lama saya tinggalkan. Tetapi gula tersembunyi baru nak mulakan. Di rumah, saya menggunakan raw cane sugar tapi boleh dikatakan saya tak pernah minum. Ahli keluarga lain yang minum.

Ketiga, kicap. Sejak 2014, saya sudah tinggalkan kicap kerana menjaga tekanan darah. Alhamdulillah kini bebas kicap.

Dan baru-baru ini saya ketahui bahawa kod E621 ialah MSG. Apabila saya baca label semua botol sos dan kicap di rumah, kesemuanya ada kod ini. Ya Allah, selama ini ingatkan dah jaga makan sendiri dan anak-anak, rupanya terlepas juga.

Banyak lagi perlu dibaca. Perkara penting ialah apakah ALTERNATIF kepada makanan sedia ada ini? Insya Allah nanti akan tulis di sini lagi.

Setakat ini saya mencuba biskut crackers, donat dan roti gluten free yang dibeli daripada Pn Hidayatun Nafisah. Boleh lihat Facebook (klik namanya) atau hubungi beliau di +60126430636.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015