Ahad, 29 Oktober 2017

Anakku Anakmu - Cabaran mendidik


Teringat awal minggu ini, semasa jamuan makan selepas solat isyak di sebuah surau, saya terlihat beberapa orang anak lelaki dalam lingkungan sekolah rendah sedang bermain di taman permainan berhampiran. Saya mengerling jam di tangan, sudah hampir jam 10 malam. Lalu saya bertanya kakak-kakak yang makan semeja, "anak-anak kejiranan di sini ke?"

"Bukan. Mereka dari kampung berdekatan."

Saya terdiam. Hari semakin larut. Kakak-kakak ini mula meluahkan perasaan. Akhir-akhir ini semakin ramai anak-anak yang berkunjung ke sini. Dari pagi hingga ke malam. Tak pulang ke rumah. Tak risaukah mak ayah mereka?

Saya diam lagi. Tidak tahu bagaimana mahu respon.

Tiba-tiba terdengar mereka bercakap kasar. Allahu akbar. Menyirap rasanya darah.

Sumber gambar : https://copaskajianislam.blogspot.my 
Tidak sempat mahu tegur, anak-anak itu sudah bergerak keluar. Mahu pulang ke rumah agaknya. 

Wahai anak, semoga Allah merahmatimu. Jagalah solat, pilihlah rakan yang baik dan jagalah lisanmu.

Sungguh, hati saya sedih mengingatkan anak-anak yang begini. Terasa diri tidak cukup kuat berkerja (baca : berdakwah). Maka, terkenang anak sendiri dan anak di kelas mengaji di rumah. Besar tanggungjawab yang dibahu.

Ampuni kami Ya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015