Selasa, 3 Oktober 2017

Buku Look Mummy! Look Daddy!





Alhamdulillah, seronoknya apabila buku ini selamat sampai ke tangan. Anak-anak apatah lagi. Lebih teruja!

Siri Look Mummy! Look Daddy! ini ditulis oleh Ummi Shahbatun Abu Bakar dan suaminya, Dr Nordin Endut.


Sekali lagi mereka berdua menampilkan karya bertemakan tauhid dan sains untuk pembaca cilik. Ada 5 tajuk dalam siri ini iaitu :


1. A Hardworking Ant


2. A Busy Bee



3. A Beautiful Butterfly



4. A Jumping Frog






5. A Blood Sucker




Kesemua buku ini menunjukkan kitar hidup haiwan yang diciptakan oleh Allah. Hanya Allah yang berkuasa mencipta dan menjadikan haiwan-haiwan ini.


Dalam masa yang sama, anak dapat belajar juga proses kejadian dan ibu ayah boleh selitkan rantai makanan haiwan-haiwan ini.


Semasa bacakan anak buku, boleh lakukan beberapa cara (disesuaikan daripada web  www.booktrust.org.uk) :


1. Pilih masa yang sesuai.


- Jauhkan dari gajet yang boleh mengganggu tumpuan membaca seperti televisyen, radio, telefon pintar


2. Minta anak pilih sendiri buku yang ingin dibaca.


- Ini menunjukkan kita memberi peluang kepada anak-anak memilih apa yang disukai dan memberi gambaran bahawa kita dekat dengan mereka.


3. Duduk rapat atau letakkan mereka di riba kita.


- Bonding time!


4. Tunjuk pada gambar dengan jari.


5. Galakkan anak bercakap mengenai buku ini.



- Kita pun boleh bertanya soalan terbuka atau tertutup. Untuk memancing minat anak terhadap cerita yang dibaca. Misalnya, hmm, apa yang ada dalam gambar ni ya? Oh, kenapa rama-rama ini masuk dalam kelongsong?


Jika ibu ayah ada peluang, boleh cipta pelbagai aktiviti berdasarkan buku yang dibaca ini.


- Ajar konsep sains

- Buat eksperimen mudah seperti pergi taman cari rama-rama, buka YouTube tunjukkan kisah semut dan sebagainya
- Buat kraf

Jom baca buku!


=======================================

Buku ini berharga RM47 (termasuk kos pos Semenanjung) atau RM53 (termasuk kos pos Sabah Sarawak)

Nak dapatkan buku ini boleh WhatsApp saya ya di :

www.wasap.my/60133613516/LookMummySeries


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015