Isnin, 2 Oktober 2017

Beraktiviti di PPAS, Shah Alam


Gambar : koleksi peribadi 

Alhamdulillah berpeluang menyertai aktiviti cuti sekolah di PPAS Shah Alam pada cuti sekolah yang lalu (akhir Ogos). 

Dapat sertai 3 aktiviti dan hampir separuh hari kami di sini. Memberi peluang kepada anak menyertai kraf membuat kapal terbang dari ice cream stick, aktiviti pentas (sebelah petang) dan membuat origami - corner bookmark.

Fasilitator sesi kraf kapal terbang dari batang ais krim


Membuat penanda buku bucu di pentas

Kakak dan Abang Ngah duduk bersama sepanjang aktiviti meskipun Abang Ngah lebih awal 'angkat bendera putih' 😁 Tapi it's okay. Satu pencapaian yang membanggakan dari pandangan ummi. Ini kerana anak lelaki ummi ini jenis kinestetik orangnya. Tak boleh duduk diam dalam waktu yang lama 😃



Insya Allah akan ke perpustakaan ini lagi bila ada ruang dan peluang 👍


Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015