Isnin, 21 Mei 2018

Resipi Tat Nanas


Setiap hari, sudah pesan kepada diri sendiri nak jadi ibu yang sabar.

Tapi, saban hari mesti ada sahaja terlanggar janji ๐Ÿ˜ฅ Akhirnya saya cuba buat begini. Jika terasa mahu marah, tarik nafas dalam-dalam dan maklum dengan anak tentang perasaan kita.

Anak-anak ini faham rupanya. Masya Allah ๐Ÿ˜ฑ Ummi sahaja underestimate ye ๐Ÿ˜ฎ

Hari ini, cubaan membuat biskut raya. Ya, saya tahu awal lagi. Tapi mengenangkan ada tempahan dari kawan, saya usahakan juga.

Saya kongsikan resipi tat nanas nenek saya. (Maaf ya bukan gluten-free๐Ÿ˜Š)

Resipi Tat Nanas (tat bunga)

Bahan :

200g marjerin
350g tepung gandum
2 biji kuning telur
1 camca vanila
Inti nanas

Cara :

1. Gaul marjerin, telur, esen.
2. Masuk tepung, uli dan tambah 1 sudu air.
3. Canai, terap, letak inti dan bakar pada suhu 150°c selama 17 minit.

Loyang dialas dengan baking paper dan tat boleh diletak rapat kerana ia tidak mengembang.

Alhamdulillah siap. Disebabkan ada 2 acuan berbeza, maka ada saiz kecil dan saiz besar. Ditambah lagi dengan kerenah tiga orang anak yang mahu menolong, huwaarrghh stres juga pada awalnya.

Tapi beri arahan elok-elok dan kompromi sedikitlah bab menolong, alhamdulillah mereka beri kerjasama yang cukup baik. Ummi jelah tak baik awal tu nak marah je ๐Ÿ™ˆ Ish..ish..ish..

Jangan lupa alaskan plastik atau baking paper atau kertas minyak bagi setiap lapisan apabila mahu simpan tart di dalam bekas.

Esok buat lagi tat. Apa jadi ya nanti? Moga baik-baik semuanya ๐Ÿ˜Š

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015