Ahad, 27 Mei 2018

Ada apa dengan nama?


Pagi ini teringat pula kepada seorang rakan sekolah menengah dahulu.

Semasa zaman sekolah, kami memang rapat. Kami sekelas selama 3 tahun. Menginjak ke menengah atas, kami berbeza aliran. Saya di aliran Sains Tulen dan dia mengambil Perakaunan. Namun masih di sekolah yang sama.

Selepas tamat SPM, kami semakin jarang berjumpa. Saya melanjutkan pelajaran dan sahabat saya ini membantu keluarga di rumah. 

Tidak lama kemudian, saya menerima kad jemputan perkahwinan darinya. Masya Allah! Teruja, gembira dan sedih bercampur-baur. Gembira kerana dia akan melangsungkan perkahwinan, sedih kerana sudah pasti keadaan tidak akan sama seperti waktu bujang. 

Saya hadir ke majlis perkahwinannya walau sedikit janggal. Maklumlah, saya tak biasa ke tempat yang ramai orang. Nervous.

Berbelas tahun kemudian, saya terserempak dengannya usai makan malam bersama keluarga di sebuah kedai. Subhanallah! 

Sempat bertanya khabar dan berbual sebentar. Terharu apabila diperkenalkan dengan anak-anaknya. Salah seorangnya mempunyai nama yang hampir sama dengan saya.

Bagai mengetahui apa dalam fikiran, dia terus menerangkan dengan gembira : Anak ni memang saya namakan dengan nama Aina. Sebab Aina baik dan harap anak ni pun akan ikut perangai tu.

Sungguh, saya teringat-ingat sehingga pulang.

Ya Allah, aku banyak kelemahan. Tapi Kau tutup aibku. Allahu akbar. Ada orang namakan anaknya dengan namaku. Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu. Jadikan daku hamba yang bertaqwa... 😥

Moga sahabat saya juga dilimpahi keberkatan-Nya. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015