Khamis, 17 Mei 2018

Ulasan buku : Projek Dekor Dekor Ain Maisarah & Alam Anuar



Saya suka Siri Projek dari Ain Maisarah. Banyak ilmu didapati secara tidak langsung melalui pembacaan. Sebelum ini pernah baca Projek Fesyen Ain Maisarah. Di dalam buku itu banyak disentuh tentang aurat dan tatacara berfesyen mengikut syariat.

Di dalam buku ini pula menyentuh sentuhan dekorasi bilik dengan bajet yang minima.

Kisah ini bermula apabila kelas Alisha dinobatkan sebagai kelas terkotor! Alangkah malunya dia. Alisha bertekad menjadikan kelasnya kelas terbersih dan tercantik di sekolah. Lalu Alisha menyusun strategi bersama rakan-rakan sekelas. Malangnya tidak mendapat sambutan dari pelajar lelaki.

Dalam masa yang sama, Alisha tertarik untuk susun atur semula biliknya. Semuanya kerana penulis kegemarannya yang turut sama mengubah suai dan mengemas rumah dan dijadikan contoh di dalam sebuah majalah.

Untung Alisha rupanya mempunyai seorang bapa saudara yang bekerja sebagai interior designer di New York. Jadi, melalui pakciknya inilah banyak tip dekorasi diperolehi. Suka untuk saya catatkan di sini. Mana tahu berguna untuk semua 😊

Tip Dekor 1 : Organise Clutter

Pakcik Alisha menggelar kaedah ini "Kotak Si Debu".

Sediakan 3 kotak atau plastik besar. Tandakan sebagai :

(a) Simpan - barang penting, keperluan utama dan yang selalu diguna.

(b) Buang - barang rosak dan lama.

(c) Derma - barang yang elok tapi sudah tidak digunakan.

Mulakan memilih dan mengemas bilik. Jika barang terlalu banyak pada kotak (a), lakukan proses memilih sekali lagi.

Tip Dekor 2 : Menghasilkan Mood Board

Bahagian ini seperti kita rangka bilik idaman sendiri. Caranya ambil gambar dari mana-mana majalah dan kita cuba jaya sehingga dapat hasilkan imej yang sesuai dan kita suka.

Catatkan sedikit nota pada gambar yang ditampal untuk info tambahan kita. Selepas selesai, kita akan nampak gambaran keseluruhan mood board. Kemudian tentukan tema supaya bilik tidak serabut. 

Baru saya kenali ada beberapa jenis tema :
- modern classic
- asian contenporary
- chic modern
- eclectic vintage
- english zen

Boleh juga cabut dan gantikan gambar asal dengan gambar baru menepati tema.

Tip Dekor 3 : Tip Memilih Warna

Lihat gambar di bawah :


Cara memilih dinding untuk feature wall.

- pilih dinding yang tiada tingkap dan pintu
- pilih dinding yang menjadi fokus atau dinding yang pertama kali kita nampak apabila memasuki rumah atau bilik

Oh ya ada juga kaitan warna dengan personaliti seseorang 😊
(Rujuk gambar)


Tip Dekor 4 : Panduan Memilih Perabot

1. Sesuai dengan bajet.
2. Mengikut tema / konsep hiasan ruang.
3. Ikut keperluan bukan kehendak.
4. Mesti ukur keluasan bilik / ruang.
- Pakcik Alisha nasihatkan guna kertas buku matematik yang berkotak itu.
5. Utamakan faktor keselamatan dan keselesaan.

Tip Dekor 5 : Pencahayaan

Fungsi pencahayaan ialah menerangkan sesuatu ruang dan mewujudkan mood cosy. Ada 2 sumber pencahayaan iaitu semula jadi (matahari) dan tiruan (lampu).

Ada 3 jenis lampu :

1. Ambient lighting - lampu ini terang pada keseluruhan ruang. Contohnya lampu siling dan lampu gantung candelier.

2. Task lighting - lampu untuk tugasan tertentu sahaja seperti membaca, menulis dan memasak. Contohnya lampu meja dan lampu lantai.

3. Accent lighting - berfungsi menerangkan sesuatu benda seperti lukisan dinding, landskap taman atau arca.

Tip dekor 6 : Aksesori.

Pakcik Alisha berkongsi projek DIY yang ringkas dan mudah seperti projek bunga dari kertas dan cakera padat, bingkai gambar bunga ros daripada surat khabar dan sarung kusyen daripada baju T.

Kelas Alisha juga semakin cantik hasil kerjasama seluruh ahli kelas. Walaupun ada banyak cabaran seperti kelas disabotaj, namun mereka berjaya membuktikan.

Selamat membaca!.

Buku 21 / 2018
(Reviu lambat buat 😊)

#iRead2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015