Rabu, 9 Mei 2018

Pengalaman Awal Membaca


Setiap orang pasti ada pengalaman awal bagaimana mereka mula membaca.


Bahagia di hati apabila menerima maklum balas dari seorang pembaca yang mendapatkan buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir :

"Akak tak ingat macam mana akak boleh membaca. Tapi, masa di sekolah menengah akak sekolah di bandar. Jadi tinggal bersama makcik sepanjang masa persekolahan.

Tapi akak akan balik kampung (rumah) setiap hari Khamis selepas habis waktu sekolah. Jadi dah bagitau awal-awal pada makcik yang akak tak balik rumah dia.

Masa tu, anak-anak makcik beza dalam tujuh ke lapan tahun dengan akak. Akak tingkatan 5 dan anak-anaknya masih di sekolah rendah. Ada yang kecil lagi.

Satu perkara yang membuka minda akak ialah dia memang biasa bawa anak-anaknya ke perpustakaan awam. Bila dia nak ke pasar, dia akan bawa dulu kami ke sana dan ditinggalkan membaca buku sementara makcik ke pasar minggu beli barang dapur.

Waktu itu, rasa Ya Allah macam ketinggalan pun ada 😂 Apabila melihat anak-anaknya berdikari, ambil buku, baca dan meminjam buku!

Masya Allah. Akak ni orang kampung. Persekitaran juga tak ada yang terdedah dengan membaca dan perpustakaan ini. Selama ini memang hanya tahu perpustakaan sekolah sahaja.

Sejak itu, memang terbuka minda dan celik fikiran la pasal budaya membaca ni."

Masya Allah. 

Beruntung sekali anak-anak yang ada pengalaman manis seperti ini. Moga pahala berpanjangan buat insan-insan yang mencetuskan minat membaca pada anak-anak.

Sungguh, membaca itu membina ketamadunan manusia. Insya Allah, tidak rugi membaca. Dan pilihlah bacaan yang baik dan bermanfaat 😃

#bilaummiambilcuti
#KertasKertasYangMerubahFikir
#JejakTarbiah
#Booth4050
#PBAKL2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015