Selasa, 1 Mei 2018

Sehari di perpustakaan


Selasa minggu lalu, kami menjejaki Perpustakaan Awam Negeri Melaka bersama dengan ibu susu Khaulah berserta anak-anaknya. Kak Kay, nama panggilan saya terhadapnya memandu kereta dan mengambil kami di rumah.

Seronok sungguh mereka bila dapat berjumpa. Lagi-lagi dapat bermain di Ruang Santai perpustakaan. Ummi berdua ini pun tak dihiraukan 😂

Suasana meriah di perpustakaan pada hari itu. Baru saya teringat akhir April memang ada World Book Day yang biasa disambut oleh perpustakaan. Ramai pelajar sekolah menengah sedang sibuk mengisi borang, menulis dan bergerak ke sana ke mari mencari jawapan 😃

Kami daftarkan keahlian baru bagi anak-anak. Bagi keahlian tidak berbayar (percuma), kita perlu sediakan :

1) 1 salinan kad pengenalan
2) 1 salinan bil air atau bil elektrik

Ahli boleh mendaftar jika usia 3 ½ tahun dan ke atas. Boleh meminjam 5 buah buku selama 3 minggu.

Wah, banyak sungguh kami "memborong" buku! Hihi.

Alhamdulillah 20 buah buku dapat dipinjam (termasuk ummi punya 5 buah 😂).


Balik dari perpustakaan kepala rasa pening, badan juga penat. Disebabkan anak-anak pun sudah makan, semua disuruh tidur.

Dalam diam, si kakak tak tidur! Sebaliknya mengulit buku sehingga habis kesemua 8 buku dalam masa 2 ½ jam. Aduhai kakak. Nanti ya, tunggu 15 Mei untuk pulangkan 😄


Setakat entri ini ditaip saya sudah selesai baca 3 buah buku [daripada 5 buah yang dipinjam]. Nanti akan dikongsikan reviunya. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015