Isnin, 28 Mei 2018

Dahulukan Allah

Buku ini terbit tepat pada masanya. Tika saya mengambil keputusan 'besar' untuk kembali berada di rumah dalam satu tempoh tertentu.

Saya terkesan dengan konsep buku ini yang berkongsi doa yang diucap oleh 23 orang suri penulis.

Untuk hari ini, saya tiba di Kisah 31 - 32 nukilan Pn Adillah Ismail. Beliau seorang suri berkerjaya satu ketika dahulu namun meletak jawatan atas sebab tertentu dan kini mengusahakan kelas agama dan mualaf di sekitar Sarawak.

Doanya yang tersentuh di hati :

Ya Allah, kurniakan saya pekerjaan yang boleh memberi manfaat kepada diri, keluarga dan orang lain. Juga pekerjaan yang boleh mendekatkan diri saya kepada-Mu. Tiada gaji pun tak mengapa. Asalkan saya suka melakukannya dan saya dapat jaga keluarga. Saya mahu rasa berguna. Hanya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah.

Amin..amin.. 

Sebelum membaca kisah beliau, saya agak berdebar dan sedikit bimbang apa yang akan berlaku pada hari-hari mendatang. 

Ini, lembut sahaja peringatan Allah beri. Apa jua yang kita lakukan bercakaplah dahulu dengan Allah.

Fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan buat yang baik-baik. Insya Allah. Doakan kami sekeluarga.

* Masih membaca buku ini. Insya Allah akan reviu selepas habis baca.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015