Khamis, 10 Mei 2018

Ayah dan Buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir :)


Sebumbung dengan ayah semasa zaman sekolah rendah ada banyak rencam kenangan dan pengalaman.


Namun, biarlah saya kisahkan ia pada waktu yang lain.

Imbas kembali ketika kecil dahulu, ada dua peristiwa diceritakan kembali oleh mak. Dan kedua-dua peristiwa ini memang tiada dalam ingatan saya.

Pernah adik saya (ketika itu berumur 9 tahun) sedang membuat kerja sekolah di katil tingkat atas dan saya sedang khusyuk membaca buku di tingkat bawah (katil double decker).

Lalu dia turun ke katil saya memohon bantuan menyelesaikan soalan. Tapi saya minta dia tunggu sebentar kerana mahu habiskan bacaan.

Si adik tadi dengan akurnya kembali ke katilnya. Dalam diam dia menangis. Waktu itu pula ayah menjengah ke dalam bilik. "Kenapa menangis?" Erk! Siapa kenal Cikgu Hilmi memang tahu nada suaranya, kan? 😂 

Cepat sahaja saya bantu adik buat kerja rumah. Dan selamat hari itu dari dimarahi 😅 

Di waktu yang lain, saya dan adik nombor dua sedang membaca di katil kami sementara si bongsu (waktu itu berumur 3 tahun) sedang bermain di katil tingkat atas.

Entah bagaimana, kaki kecilnya terperosok ke celah katil. Diusahakan untuk menarik keluar tapi tidak berjaya. Terumbai-umbai kakinya di atas. Saya dan adik kedua masih tidak sedar apa yang terjadi.

Kebetulan juga, ayah menjengah di balik pintu. Apalagi, kena marahlah kami sebab tidak peka dengan keselamatan adik. Gulp! Pucat muka kena marah dengan ayah 🙈 Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius terjadi.

Aduhai, banyak lagi peristiwa jika mahu dikenang. 

Apa pun, ayah memang seorang pemberi motivasi nombor 1 kami. Meskipun agak serius, namun butir kata yang keluar dari mulut terasa bernas sekali. 

Sudah lama bersara dari dunia perguruan, kini beralih minat kepada sukan lumba basikal. Dan inilah satu dari dua perkara yang tidak saya warisi dari ayah 😂 Iaitu bersukan dan melukis mural. Sungguh, saya rasa saya tiada bakat dalam dua bidang ini.

Semoga ayah dan mak diberi kesihatan dan diberkati Allah SWT. Amin..amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015