Selasa, 11 Oktober 2016

Aktiviti Kraf berdasarkan buku Water Droplet Obeys Allah


Malam tadi berkesempatan membuat aktiviti bersama anak-anak. Sudah lama tak bermain warna air. Tak cukup kelengkapan.

Usai solat Maghrib dan makan malam, anak-anak minta dibacakan buku dan kali ini mereka memilih untuk membaca buku Water Droplet Obeys Allah.

Biasanya mereka minta bacakan dalam versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ;)

Saya ambil kesempatan bertanya : bagaimana hujan terjadi? Mulanya saya lakarkan dan perkenalkan istilah sains. Memang perkataan baru untuk anak-anak kerana mereka tidak memberi respons awalnya. Selepas diterangkan ikut kefahaman mereka dan ditunjukkan video barulah muka masing-masing cerah. Haha, gagal Ummi ni nak jadi cikgu sains ;p

OK, untuk kraf, kami gunakan :

1. Kertas lukisan 
2. Warna air
3. Kapas
4. Gam

Hasilnya :

Matahari - cop tangan warna oren
Laut - diwarnakan air dengan warna biru
Awan - ditampal dengan kapas
Titisan air hujan - cop ibu jari

Rupa-rupanya Asma' sangat penggeli orangnya! Memang umum diketahui yang dia takutkan kucing, nampak sahaja saya keluarkan kapas, geli-geleman badannya. Kasihan Asma'.

Nampaknya saya perlu rangsang lagi sensory skill Asma. Dia hanya mahu memegang hujung jari. Itu pun kali kedua, dia kata "Ummilah watkan." *_^

Lukisan Khaulah

Lukisan Abdullah Naufal
Lukisan Asma'
Sambil mewarna, sambil ummi membebel :


Air memang sangat penting dalam kehidupan kita. Satu ciptaan Allah yang sangat bernilai. Sebab itu kita kena ucapkan syukur kerana Allah beri kita nikmat air.


Bila mandi, pakai secukupnya untuk diri bukan main buang air sahaja [Lumrah mereka sukaaaa sangat main air. Haih]. Waktu ini mereka ketawa geli hati. Yalah, terkena batang hidung sendiri.

"Apa lagi kegunaan air?" 

+ Minum 
+ Ambil wuduk 
+ Siram pokok 
+ Basuh cawan  
+ Mandi kolam [Oh, ini memang jawapan standard abang ngah( >_<;)]
Mudah-mudahan ada manfaat yang mereka perolehi daripada aktiviti ini.


Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015