Selasa, 25 Oktober 2016

Buku Cerita Ziyad & Tiger Adventures : Animals From The Quran Story Sack


Gambar : Koleksi peribadi



Sudah lama tidak buat Story Sack berdasarkan buku cerita. Telah beberapa malam kami membaca buku Ziyad & Tiger Adventures : Animals From The Quran ini. Adakalanya dibaca dalam bahasa Inggeris dan ada hari dibacakan dalam bahasa Melayu. Ikut permintaan anak-anak.

Story Sack Ziyad & Tiger Adventures : Animals From The Quran

Story sack ini sebenarnya himpunan beberapa aktiviti berdasarkan buku yang kita baca. Untuk anak-anak, saya hanya sempat buat empat jenis sahaja iaitu :

1. Kad gambar haiwan yang disebut dalam buku ini. (Ada 10 ekor yang disebut).
2. Nama haiwan yang ditulis pada batang ais krim (bahasa Arab dan bahasa Melayu).
3. Domino game.
4. Keratan kad mengandungi ayat-ayat Quran yang menyebut haiwan ini.

Bagaimana menggunakannya?

Selepas baca cerita ini, kami akan bersoal-jawab. Misalnya, bagi segmen kad gambar, minta anak sebutkan haiwan apa yang mereka ingat dari cerita tersebut dan susun gambar.

Bagi segmen nama haiwan, penyoal akan tanya dalam bahasa Inggeris dan pemain akan jawab dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu (semua perkataan haiwan ini telah mereka pelajari sebelum ini).

Bagi segmen Domino game, saya sediakan 28 keping kad yang telah dilukis (huhu..jenuh tangan melukis satu-persatuπŸ˜‚), cara bermain :- 

* bahagikan kad kepada berapa orang pemain. 
* pemain pertama letakkan kad. 
* permainan disambung oleh pemain kedua dan seterusnya.
* letakkan kad pada gambar yang sama bersebelahan. Boleh main dari pelbagai sisi.

Bagi segmen kad ayat Quran, kami akan pilih secara rawak untuk dibaca dan abi mereka akan beri sedikit penerangan / tafsir dari ayat tersebut.

Akhirnya, kami compile semua kit dan buku cerita ini dalam sebuah zip lock transparent bag. Senang dibawa ke mana-mana. Insya Allah πŸ˜‰

Selamat membaca!

==============================

Ziyad & Tiger Adventures : Animals From The Quran
Oleh Dr Anayasmin Azmi
Harga : RM18.00 
(belum termasuk kos penghantaran)

Tunggu dahulu!

Dengan setiap pembelian buku ini, kami berikan free printable permainan domino. 

πŸŽ‰ Boleh cetak sendiri
πŸŽ‰ Gambar berwarna
πŸŽ‰ Ada 66 keping kad (10 jenis haiwan)
πŸŽ‰ Ada panduan cara bermain domino game ini

Boleh hubungi kami di 013-361 3516 untuk dapatkan buku ini!😊😊 ==============================


Aina Dayana binti Hilmi

Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015