Jumaat, 7 Oktober 2016

Tak boleh pinjam buku!


24 September lepas kami ke perpustakaan negeri seperti biasa. Mahu pulangkan buku yang dipinjam 3 minggu sebelum itu dan meminjam buku baru. Sementara Kakak Khaulah pergi kelas mewarna.

Sampai di perpustakaan kami terus menuju Perpustakaan Kanak-kanak. Disebabkan Abdullah Naufal obses dengan Siri Petra Si Panda, saya pun mula mencari satu-persatu. Oh, jumpa empat buah sahaja. Tak mengapalah, empat  buah lagi pinjamkan untuk Khaulah dan Asma'.

Selesai sesi mencari buku anak, saya mencuri masa pergi meminjam buku saya dahulu sementara suami menjaga anak-anak bermain di Ruang Santai ;) 

Namun, terkejutnya kami apabila dimaklumkan tidak boleh meminjam buku kanak-kanak! Alasannya, ada sebuah buku dalam sistem yang kami tidak pulangkan. Waktu itu, saya sudah berdebar. 

Pertama, tarikh pinjaman buku itu ialah pada 13 Ogos 2016 dan kami sepatutnya memulangkan buku itu pada 3 September 2016. 

Kedua, mengapa saya boleh meminjam buku pada 3 September dan tarikh pulang pada 24 September? Sedangkan syaratnya, jika belum pulangkan semua buku, kita tidak boleh meminjam.

Mujurlah gambar-gambar buku yang saya ambil setiap kali meminjam buku masih ada dalam telefon bimbit. Buktinya saya tunjukkan pada pustakawan. Dan alhamdulillah mereka percaya dan bantu selesaikan. LEGA... jika tidak saya perlu ganti buku tersebut dan dikenakan denda. *Fuh, lap peluh.

Pengajarannya, peka dan jaga baik-baik buku yang dipinjam dari perpustakaan.

Selama ini pun memang saya jaga kerana pengalaman semasa kecil dahulu selalu hilangkan buku perpustakaan. Kasihan sungguh ayah nak menggantinya. Habis beratus-ratus ringgit. Huhu..Kami dah besar baru tahu. Ngeeee...........

* Sekitar buku-buku yang pernah kami pinjam sebelum ini :)

Pinjaman saya awal tahun ini. Lupa tarikhnya

Pinjaman awal tahun ini. Lupa tarikhnya - Pinjaman anak-anak

Pinjaman pada 15 Ogos 2016 - Campur semua buku yang saya dan anak pinjam

Pinjaman pada 3 September 2016 - Buku Dewasa

Pinjaman pada 3 September 2016 - Buku Kanak-kanak

Buku terbaru yang kami pinjam 24 September lepas. Nanti saya buat #ReviuBukuAnak lagi :) Insya Allah
Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak



Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015