Selasa, 4 Oktober 2016

Ulasan buku : Aku Mahu Anakku Super Al-Quran


Gambar : Koleksi peribadi


Minggu lepas, disebabkan perlu bed rest selama beberapa hari, sempatlah saya membaca beberapa buah buku. Antara yang menarik perhatian saya ialah perkongsian Tn Mohd Amri Nason dan isterinya, Pn Aishah Hashimee di dalam buku terbaru mereka, Aku Mahu Anakku Super Al-Quran. Buku terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd ini berharga RM17.00 sahaja. Saya beli ketika Jelajah Majalah ASUH ke sekolah saya beberapa minggu sudah.

Muka hadapan


Kulit belakang buku


Isi kandungan buku
Saya tertarik membaca perkongsian ibu bapa ini kerana suka sekali membaca tulisan mereka di blog http://cinta-rasul.blogspot.my. Inilah antara blog awal yang berkongsi tip keibubapaan dan mendidik anak dengan al-Quran sejak dari kecil. Banyak aktiviti menarik yang boleh dicontohi.

Mendidik anak perlu bermula dari diri sendiri lagi. Mereka mengesyorkan supaya pembinaan peribadi diri yang baik bermula sejak usia remaja. JIka sudah dapat anak, baru nak bermula, agak "terlambat". Namun, jangan putus asa kita masih lagi berpeluang mendapat anak yang soleh dan solehah.

Ada 3 kaedah yang dikongsikan oleh penulis :

3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran 


Penerangan langkah kedua

Tip dan pesanan buat ibu bapa :




Saya mengulang baca beberapa kali. Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015