Sabtu, 25 Ogos 2018

Aktiviti 26 : Buah


Kesinambungan dari aktiviti pertama tempoh hari (Lidah) kami masih meneruskan aktiviti bertemakan yang sama. Kami menggunakan buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran oleh Dr Anayasmin Azmi.

Kali ini lebih menarik kerana musim buah-buahan. Ada rambutan, manggis, mangga dan langsat. Puas sungguh makan. Semua manis belaka. Tetapi ada jugalah sebiji dua yang rasa masam. Berkerut-kerut muka siapa yang dapat rasa masam tu.


Inspirasi dari Surah Ar-Ra'du ayat 4 ada menceritakan tentang buah-buahan :



Sumber : surah.my

Di dalam al-Quran ada banyak sayuran dan buahan yang disebut. Misalnya dalam Surah Al-Baqarah ada diceritakan sehingga Ust Muhammad Luqman Makhtar ada membuat kuiz di dalam bukunya, X-plorasi Surah Al-Baqarah.

Dalam aktiviti 26 ini, anak-anak diajar cara membuat origami buah dan sayur. Dicadangkan 4 jenis tetapi kami buat 3 sahaja. Itu pun sudah hampir limit fokus anak-anak. Hihi. Mujurlah semasa buat aktiviti, ada pakcik dan makcik join sekali. 



Sekurang-kurangnya anak-anak ini tidaklah rasa lelah sangat. Buat santai-santai di halaman rumah atok. Redup sahaja dengan pohon buluh dan pokok bunga yang rimbun.


Antara hasilnya

Kami buat origami berpandukan gambar-gambar di bawah :






Kaitkan buah-buahan ini dengan pencipta-Nya. Ajak anak berfikir, cuba lihat, pokok-pokok ini ditanam di tanah dan tempat yang sama (depan rumah atok ada kebun kecil 😃) tetapi tumbuh mengeluarkan hasil yang berlainan. Masya Allah.

Subhanallah, anak-anak ini nampak tergamam sebentar. Mungkin sesuatu yang tidak pernah terfikir selama ini, kan.

Jadi, hanya Allah berkuasa mencipta semua buah-buahan dan sayur-sayuran ini. Hebat tak Allah? Maka, kita kenalah ikut cakap Allah. Betul tak? Betulll...

Selamat mencuba.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015