Sabtu, 1 Disember 2018

Abang Ngah Khatam Quran


Hari ini 1 Disember 2018.

Permulaan hari yang agak suram bagi saya. Anak kedua moody dan menangis awal pagi. Saya hilang sabar.

Pagi ini juga kami berniat mahu sambut majlis khatam qurannya di rumah. Bukanlah ada upacara khas. Tetapi bacaan keluarga sahaja. 

Datuk dan nenek sudah bersedia di ruang tamu untuk mendengar bacaannya sedangkan si abang ngah ini masih masam mencuka. Allahu akbar.



Hampir sejam selepas itu berjaya ditenangkan oleh abi dan saya meminta maaf sungguh-sungguh atas ketidaksabaran pagi-pagi :(

Alhamdulillah, berjaya juga dengar abang ngah habiskan bacaan 30 juzuk al-Quran buat kali pertama.

Abang ngah, pengalaman mengajar kamu sangat berharga bagi ummi. Saat kamu mengenal huruf hijaiyah, mula membaca Iqra' At-Taisir, lancar menghafaz surah tertentu sehingga detik kamu naik Quran tahun lepas (Januari 2017) dan kini tamat membacanya buat kali pertama.


Kita baca Quran bukan kerana mahu cepat khatam tetapi kita baca Quran kerana ia kalam Allah. Semoga Allah memelihara kamu dunia akhirat dan abang ngah juga mencintai Quran sehingga akhir hayat.

Jadilah anak dan hamba Allah yang soleh sesuai dengan nama kamu Abdullah Naufal iaitu "hamba Allah yang sempurna."


Hadiah hari lahir buat abi dan hadiah buat diri abang ngah sendiri sebelum melangkah ke alam persekolahan formal tahun depan. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015