Isnin, 10 Disember 2018

Bahan Bacaan untuk Anak Lelaki



Cuti ini ada seorang anak buah lelaki tinggal di kampung. Adik-adiknya tidak turut serta kerana pergi nurseri sementara ummi walid mereka pergi bekerja.

Si abang seorang ini sudah besar maka dihantar ke kampung cuti ini.

Banyak sisi positif apabila anak-anak ini ada kawan dan pesaing. Khaulah dan Naufal mula menghafaz sifir dengan tekun dan mula minat membuat latihan matematik.

Bab membaca buku juga, saya kira budaya baru yang mahu dipupuk pada anak-anak lelaki ini. Yang perempuan memang agak mudah dipujuk membaca buku.

Bagi anak lelaki, perlu berikan bahan yang menarik.

Antara buku yang saya perkenalkan ialah Kembara Di Kota Istanbul karangan Ummi Shahbatun Abu Bakar dan Suaminya.

Buku ini menceritakan Aman dan Amin sekeluarga melancong ke Turki ekoran hadiah kecemerlangan buat Aman dalam peperiksaannya.

Aman dan Amin digambarkan sebagai anak lelaki yang minat membaca dan mengetahui pelbagai fakta sejarah tentang negara Turki.





Ini menunjukkan bahawa minat membaca menyumbang kepada sisi positif seseorang. 

Kedua, anak-anak diperkenalkan dengan Siri Dunia Sains Aiman. Watak pada kulit buku semuanya menunjukkan gambar Aiman maka anak-anak maklum watak utama ialah budak lelaki yang sukakan cabaran seperti mereka.




Ketiga, komik berilmu daripada Humaira Bookstore sangat menarik dan jadi pilihan. Saya kira kita juga menjadi salah satu pendorong. Dengan gaya bercerita yang first class, anak-anak pasti tertarik juga untuk membacanya. Haha.




Selamat mengisi masa lapang cuti sekolah dengan bahan bacaan bergizi buat anak-anak :-)

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015