Isnin, 3 Disember 2018

Lapbook Sirah Tahun 2


Cuti sekolah ini, ada anak buah yang pulang ke kampung. Duduk lama di rumah mak (nek ummi). Umurnya sebaya Khaulah, jadi ambil kesempatan untuk ulangkaji / belajar bersama-sama.

Bagi mata pelajaran Sirah, nampaknya perlu lebih perhatian memandangkan peperiksaan akhir lepas markahnya perlu diberi peningkatan. Hehe.

Saya fikir, anak lelaki perlu lebih visual atau banyak pendekatan lain. Sebabnya subjek berfakta kan. Saya pun kurang tahu anak buah ini jenis audio, visual atau kinestetik.

Kami bercadang buat lapbook bagi setiap bab. Sebenarnya membuat lapbook merenyahkan bagi saya sebab anak-anak perlu berusaha lebih menulis, menggunting, menampal dan sebagainya. 

Tak mengapa, kita buat perlahan-lahan ya.

Dalam bab 1 Sirah Tahun 2 ini dimulakan dengan Zaman Remaja Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam. Antara isi kandungan bab ini ialah :

# Kisah Baginda berniaga ke negeri Syam
# Pengenalan kepada Saidatina Khadijah binti Khuwailid
# Gelaran Al-Amin yang diperoleh oleh baginda
# Sifat terpuji baginda sollallahu alaihi wasallam
# Ada dalil Quran dan hadis baginda tentang kemuliaan akhlaknya

Anak-anak mengambil masa 2 hari menyiapkan lapbook ini. Disebabkan tiada printer dan laptop, semuanya dibuat secara manual. Insya Allah ada rezeki lepas ni ummi cuba sediakan bahan bercetak.


Maaf, senget pula. Tak dapat nak betulkan rotation. Hee
Bab 2 belum mula. Masih merangka susunannya. Jumpa lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015