Ahad, 2 Disember 2018

Program Khatan Berkelompok



Hari ini berlangsungnya majlis khatan berkelompok di kampung kami. Dengan pendaftaran hampir 30 orang peserta, sambutan agak meriah.


Pihak belia kampung telah menjemput pihak bomba untuk acara memandikan anak-anak ini. Seronok sungguh naa.. siap ada biasan pelangi pagi tadi. Yang tak bersunat pun tumpang sekaki mandi air bomba. 


Sumber : Facebook Hj Azman Hj Aziz

Jamuan ringan sebelah pagi dan jamuan makan tengahari turut disediakan. Malahan, pihak McDonalds berbesar hati menaja 100 biji burger dan sedikit jamuan pagi.

Sumber : Facebook Carlito Cabana

Macam-macam gaya peserta. Tapi hebat juga anak-anak ini. Menangis sikit-sikit sahaja. Tetapi, ada juga dua, tiga adegan yang mencuit hati.

Ada seorang anak lelaki ini, dari mula masuk bilik rawatan sehingga habis dijahit, mulut tak berhenti mengaji. Surah yang dibaca lancar. Apabila diselidik, rupanya seorang tokoh murid di tadikanya. Fasih bacaan Surah Al-Waqiah. Masya Allah.

Lagi seorang peserta, lain pula keadaannya. Dia punya menjerit dan meronta sehingga menakutkan peserta lain. Allahu Allah. Selesai rawatan terus tertidur. Sudah habis tenaga gamaknya. Moga adik cepat sembuh ya :-)

Anak buah saya turut bersunat hari ini. Steady betul boleh jalan dengan elok. Di rumah pun, biasa sahaja. Tak merengek. Berbeza dengan sepupunya yang bersunat tahun lepas. Hee..

Tahniah kepada pihak belia kampung serta AJK atas inisiatif penganjuran program. Semoga kerjasama dan silaturrahim lebih erat dengan adanya program sebegini.

Sumber : Facebook Carlito Cabana

Esok, Kem Anakku Soleh Solehah pula bakal berlangsung di Masjid Al-Wathoni, Kampung Bukit Pegoh, Melaka. Doakan kami ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015