Selasa, 4 Disember 2018

Hari kedua Kem Anak Kusoleh Solehah


Hari kedua berlangsungnya Kem Anak Kusoleh Solehah di masjid kampung. Kehadiran peserta memberangsangkan. Mencecah seratus orang. Ramai juga anak remaja lelaki hadir berbanding anak kecil.

Tak terbanding dengan jumlah tenaga pengajar yang cuma 6 orang. Huhu. Beginilah kan. Program percuma, tiada dana besar, memang kami hadapi kekangan sedikit. Tetapi program tetap diteruskan. Semoga ada manfaatnya buat anak-anak ini.

Terima kasih buat barisan tenaga pengajar yang sudi membantu kelancaran program. 

Anak-anak dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan saya menjaga kumpulan anak-anak yang mengaji Iqra'. 

Sebahagian besarnya tidak saya kenali. Mungkin dari taman perumahan berdekatan. Sebahagian lagi memang anak-anak kelas mengaji kami.

Mulanya agak hairan apabila hampir 10 orang anak ini tidak membawa buku Iqra'. Bila ditanya, memang tiada buku di rumah. Selama ini hanya membaca Iqra' di sekolah. Maknanya pinjam sekolah sahaja.

Situasi ini buat saya terdiam. Sama ada anak-anak ini mungkin ada buku Iqra' tetapi tak bawa atau benarkah ibu ayah tidak cakna keperluan mengaji anak? Saya tak mahu berfikir lanjut. Terus mencatat perkembangan bacaan mereka sahaja dalam catatan saya.

Semoga mereka mampu memiliki buku Iqra' tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015