Selasa, 12 Jun 2018

Diari Hospital 2 : Wad 4-3 Katil 17



Saya dimasukkan ke wad 4-3 pada waktu hampir berbuka puasa. Keadaan wad agak suram dan sunyi. Namun, wad agak penuh dengan pesakit. Melalui pengamatan sepintas lalu, kebanyakan penghuni wad ialah mereka yang telah berusia.

Kasihan suami. Terpaksa berbuka puasa di wad menemani saya.

Saya hanya membawa sebuah beg sandang berisi beg duit, bahan bacaan, jurnal, pen, inhaler, telefon dan tisu basah.

Usai solat Maghrib, saya meminta suami pulang terus untuk urus diri dan anak-anak. Dalam hati terselit rasa bimbangkan anak bongsu yang masih menyusu. Sejak lahir, belum pernah berpisah. Bagaimanalah agaknya dia mahu tidur nanti.

Doa yang baik-baik sahaja untuk mereka semua.

Tengah malam, rupanya suami datang semula membawa keperluan diri. Terima kasih emak kerana pantas menyiapkan barang.

Saya sudah mula menerima kesan ubat. Badan menggigil dan terketar-ketar hingga sukar mahu bercakap.

Bermulalah pengambilan nebuliser setiap 6 jam dan suntikan cecair antibiotik yang menakutkan 😅 

Rabbi yassir wa la tu'assir.

#diarihospital

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015