Selasa, 12 Jun 2018

Diari Hospital 1 : Sakit - nikmat yang disyukuri


Saya berehat beberapa waktu dari menulis di blog namun masih meneruskan aktiviti penulisan menggunakan medium lain. Menulis di dinding Facebook dan mencatat di dalam jurnal.

Seminggu di wad, keadaan saya tidak berapa stabil. 

Saya akur bahawa kesihatan badan di tahap yang rendah. Berehat di wad adalah perlu meskipun tidak begitu optimum. Isu aurat, keselesaan, kesan ubat dan sebagainya namun ia masih menjadi satu nikmat yang saya syukuri.

Subhanallah!

Bermula dengan batuk-batuk pada pertengahan Mei, pernah ke klinik mendapatkan rawatan pada 24 Mei, berulang ke hospital mendapatkan nebuliser pada 29 Mei sehingga akhirnya ditahan di wad pada 5 Jun.

Pneumonia. 

Itu yang terlintas dalam fikiran apabila saya tiba-tiba demam pada tengah malam 4 Jun. Namun saya diamkan kerana tidak mahu menyusahkan suami.

Hari Selasa, 5 Jun. Anak-anak sudah ke rumah emak saya sementara saya mengemas bilik dan bersiap. Saya makan panadol untuk meredakan demam dan bersedia untuk ke hospital. Dalam hati sudah yakin akan dimasukkan ke wad.

Moga kebaikan sebaiknya buat adik ipar yang menghantar saya ke bahagian kecemasan hospital, buat mak ayah yang bantu menjaga anak-anak serta suami yang mengurus segalanya.

#diarihospital

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015