Selasa, 12 Jun 2018

Diari Hospital 3 : Puan kerja apa?


Doktor pelatih (HO) memulakan tugas. Segala maklumat ditanya, diambil dan dicatat. Saya memberitahu apa yang terlintas di ingatan termasuk segala kronologi dan tarikh.

Sesekali doktor manis ini terhenti. "Kenapa doktor?", saya pula yang bertanya. "Wow kak, segalanya details. Akak boleh ingat dengan tarikh sekali?" 

Saya hanya mampu tersengih. Nak buat macam mana doktor. Segalanya saya catat dalam jurnal, jadi insya Allah saya memang ingat apa yang berlaku. Saya jawab dalam hati sahaja 😄

Kesan ubat sudah mula mengambil tempat. Badan saya mula terketar-ketar dan terasa mahu tumbang. Namun saya kuatkan diri bagi memberi kerjasama kepada doktor.

Entah mengapa apabila diajukan soalan pekerjaan, saya menjawab dengan bangga "Saya seorang suri rumah." Pasti doktor atau jururawat yang bertanya akan bertanya sekali lagi.

"Yakah puan? Nampak puan sibuk menulis dan membaca." Saya hanya senyum sahaja.

Menulis ialah terapi buat saya. Membaca satu keperluan bagi saya.

Oh diri, bersabarlah, permulaan hari yang panjang. Entah berapa lama akan berada di wad ini.

#diarihospital

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015