Selasa, 26 Jun 2018

Ulasan Buku : Bukan Sekadar Homeschooling



Pertama kali menatap buku ini, saya rasa teruja dan spontan menggelengkan kepala apabila membuka buku sepintas lalu. Kenapa?

Sebab buku ini bersaiz besar, tebal dan tulisan di dalamnya terbahagi kepada 2 column. Masya Allah, banyaknya ilmu dari buku ini!

Itu tanggapan awal saya.

Dan benar sekali. Saya sengaja membaca lambat-lambat. Saya suka dengan pendekatan penulis dalam buku ini.

Terbahagi kepada 9 bab dan kesemuanya dihurai dengan panjang dan jelas. Ada teknik penceritaan, ada perkongsian cara berkomunikasi antara ibu-anak, persoalan dari pembaca blog dan jawapan beliau yang seimbang, tip penyusuan, tip didik anak solat, sifat ihsan, menerapkan akidah kepada anak kecil dan 101 topik lagi.

Saya sangat syorkan buku ini kepada ibu ayah yang baru menerima cahaya mata, atau belum atau mereka yang sudah mempunyai ramai anak sekalipun.

Ia isu yang evergreen dan tanggungjawab kita masih ada seiring dengan pembesaran anak.

Lihat isi kandungan di bawah :




Saya setuju dengan kata aluan dari penerbit yang mengatakan :

Buku ini merupakan perkongsian seorang ibu yang aktif dan kreatif dalam merencana dan mempelbagaikan teknik pembelajaran anak-anaknya di rumah.
Penulis juga tidak lokek berkongsi teknik-teknik atau pendekatan-pendekatan yang sesuai mengikut perkembangan anak-anak 
Pembaca akan mendapat banyak idea dalam memupuk minat anak untuk belajar ilmu dunia dan akhirat sepanjang masa. 

Antara perkara yang saya mula amalkan selepas membaca buku ini ialah mempraktikkan Adab Menyusukan Bayi (muka surat 4 - 5) :

1) Jangan abaikan pandangan mata bayi semasa dia menyusu dengan ibu. 'Ketagihan' gajet ibu bapanya mungkin boleh memberi kesan 😥

2) Berasa risaulah apa yang membentuk dan mengiringi apa jua yang masuk ke dalam tubuh dan pemikiran anak-anak. Memanglah media sosial yang kita baca atau lihat semasa menyusukan anak tidak memberi kesan fizikal. Tetapi emosi kita sedikit sebanyak memberi kesan kepada bayi.

3) Apabila seorang anak kecil sering melihat ibunya memegang telefon bimbit pada setiap hari dia bangun tidur dan setiap kali sebelum tidur, natijahnya anak merasakan bahawa telefon bimbit itulah yang lebih penting melebih dirinya. Maka jangan salahkan anak jika ketagih gajet nanti. Salahkan diri sendiri dahulu 😭

Kedua, saya tertarik dengan kata kunci "Allah tidak sama dengan manusia". Ia satu jawapan yang ringkas tetapi mampu merai pemikiran kritis anak-anak apabila mengajukan persoalan tentang Tuhan.

Ketiga, dalam bab Mendorong Anak Suka Mengaji, saya mula gunakan buku X-plorasi Surah-Surah Al-Quran karya Ust Muhammad Luqman Makhtar, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. seperti yang dikongsikan oleh Pn Khadijah. Masya Allah, pembelajaran dan sesi mengaji menjadi lebih seronok! Alhamdulillah.

Objektif Ust Muhammad Luqman tercapailah kiranya kerana anak-anak jadi teruja menyelesaikan permainan dan soalan dari buku ini. Tambahan lagi, ada anak yang sudah pandai membaca dan mengaji al-Quran, ia jadi satu bonus untuk mereka mencari jawapan dari al-Quran.

Pastikan anda baca Tip Bagaimana Mendidik Anak Untuk Bersolat pada muka surat 126 hingga 133 ya. Ada juga dikongsikan emel pilihan yang bertanya bagaimana hendak mula mengajar anak kecil bersolat.

Saya juga tertarik dengan amalan "Delayed Gratification" Pn Khadijah. Sesuatu yang menarik untuk diaplikasikan. Ia berasal dari idea buku Teaching Kids To Think ; Raising Confident, Independent & Thoughtful Children In An Age of Instant Gratification.

Bab lain :





Oh, panjang benar ulasan kali ini. Minta maaf ya 😅 Sila dapatkan buku ini. Insya Allah bermanfaat untuk kebaikan keluarga. 

Barakallahufik Pn Khadijah 💗

Buku 52 / 2018

#iRead2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Komen

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015