Rabu, 13 Jun 2018

Diari Hospital 4 : X-ray



Malam pertama di wad. Tidur kami diganggu dengan seorang dua pesakit yang bercakap sepanjang malam. Dimaklumi pesakit tua ini menghidap jangkitan kuman di bahagian pinggang. Jadi pertuturan itu berlaku di luar kawal mereka.

Positifnya, ia menyebabkan saya bangun awal keesokan paginya. Dapatlah mengurus diri, solat dan mengaji lebih awal daripada biasa.

Dapatan hasil X-ray mendapati paru-paru kanan agak teruk dijangkiti kuman dan ini menyebabkan batuk saya tidak reda dalam jangka masa yang lama.

Selepas Subuh, suami membawa emak dan anak-anak saya ke hospital. Sempatlah saya menyusukan bayi sebelum makan ubat jam 8 pagi. 

Selepas ini, saya tidak digalakkan menyusu bayi selama diberi ubat steroid dan antibiotik kerana tidak sesuai. Alahai.. Saya akan mengepam susu sebelum solat Subuh dan dikirim melalui suami  untuk dibawa pulang.


Saya juga tidak menggalakkan keluarga datang menjenguk lagi. Saya faham kesukaran mereka dalam menjaga kesemua anak saya di samping tugasan di rumah yang perlu dilakukan.

Semoga Allah mudahkan urusan mereka.

#diarihospital

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015