Khamis, 8 Mac 2018

Cabaran 2 : Tunjukkan Saya Satu Cerita



Hari ini anak-anak memilih buku terjemahan terbitan Institut Terjemahan Buku Negara (ITBM). Buku ini adalah siri penulisan untuk kanak-kanak dan remaja. Tetapi ada sebuah cerita yang dijadikan contoh di dalam buku ini.

Permulaan cerita, anak-anak melihat kulit buku dahulu. Masing-masing meneka apakah haiwan di muka buku dan ceritanya tentang apa. Ada yang menjawab angsa, itik dan burung. Mari kita lihat siapa yang meneka dengan betul.


Tertarik dengan kulit buku cerita yang dibaca oleh haiwan itu 😉


Webster si Angsa suka akan semua abjad kecuali huruf V. Dia juga tidak suka terbang berkumpulan dalam V. Dia mahu mencuba formasi huruf yang baru. Lalu Webster memberitahu kepada ketua kawanannya, Tuan Greybill.

Apa jawapannya?
Cadangannya ditolak! Webster berasa sedih. Tetapi dia masih berusaha mencari formasi terbang yang baru.

Huruf H, I, Y, K semua dicuba.


Sehinggalah pada suatu hari, ada sekumpulan angsa datang menyatakan sokongan lalu mereka bersama-sama memikirkan huruf yang sesuai.

Mereka mencuba sehingga tiba ke penghujung huruf. Ya! Akhirnya mereka berjaya menemui formasi terbang dalam bentuk yang baru. Apakah ia?


Huruf W! 😍

Subhanallah. Seronoknya cerita ini. Sebenarnya selepas bacakan cerita ini, kami anak beranak keluar ke halaman rumah dan mengulang cerita dalam bentuk lakonan.

Satu pengalaman baru untuk anak-anak apabila melihat ummi main berlakon dengan mereka petang ini 😁 Masing-masing memegang watak dengan jayanya. Sudah pasti banyak adegan mencuit hati. Sudahlah panas terik (3 petang), namun itu tidak menjadi penghalang.

Nilai dan pengajaran dari cerita =

✅ Berani mencuba sesuatu yang baru.
✅ Meraikan pendapat orang lain meskipun ia sesuatu yang baru dan lain dari kebiasaan.
✅ Membuat sesuatu perlukan latihan, ilmu dan keberanian.
✅ Kerjasama dalam kumpulan menjadikan kerja lebih cepat dibuat dan hasilnya menggembirakan.

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015