Rabu, 14 Mac 2018

Cabaran 8 : Buku Siri Delima dari AmeenBooks


Hari ini anak nombor dua sukarela mahu belajar membaca. Terkesima juga tadi 😄 Jarang dia mahu volunteer membaca.

Mungkin tercabar (ye ke?) apabila kakak tak mahu bacakan komik kegemarannya hari ini. Kebiasaannya kakak akan bacakan. Tapi hari ini kakak sibuk buat kerja. Kasihan pula melihat abang ngah.

Ada 4 buah buku yang dibaca iaitu :


1) Helo

2) Deria Saya

3) Cium Sekali

4) Tepuk-tepuk

Buku-buku dalam Siri Delima ini disusun khas untuk anak usia 3 tahun ke bawah. Pemilihan kata juga dari suku kata yang mudah.

Anak nampak gembira apabila berjaya membaca helaian demi helaian. Sehingga akhirnya dia berkata : Ummi, esok buatkan abang ngah komik eh?

Alamak! Macam mana ummi nak buat komik ni? 😓

Apa yang saya pelajari hari ini :

1) Waktu membaca adalah waktu santai dan sepatutnya menggembirakan semua pihak.

2) Apabila semua dalam emosi yang tenang, maka minat akan muncul.

3) Jadi tidak timbul isu paksaan dalam membaca di sini.

4) Belajar menerima pendapat anak dan raikan minat mereka dalam hal memilih bahan bacaan yang disukai.

5) Kita boleh "install" banyak nasihat yang baik semasa membacakan mereka cerita. Malah, boleh ulas dan beri pandangan dari sudut agama dan pengalaman kita apabila berhadapan dengan situasi di dalam sesebuah cerita. Secara tidak langsung anak membina satu pengetahuan dan benteng di dalam diri.

Alhamdulillah selesai hari ke-8 😍

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015