Jumaat, 9 Mac 2018

Siri Peter and Jane


Siri Peter and Jane ialah sebuah siri untuk pembaca awal yang disusun secara bertahap dan terbukti membantu anak-anak di seluruh dunia membaca dengan baik.


Lebih 100 juta salinan siri ini telah terjual seluruh dunia sejak ia mula diterbitkan.

Apa yang ada di dalam siri ini?

Bukunya terbahagi kepada 3 kategori iaitu :

Buku a

Secara umumnya, mengandungi perkataan baru dan berulang.

Buku b

Masih mengekalkan perkataan dari buku a tetapi dipelbagaikan penggunaan dalam ayat dan situasi berbeza.

Buku c

Ada latihan menulis untuk anak-anak. Ia sebagai langkah menggalakkan anak-anak mempunyai kemahiran menulis dan mengingat kembali ejaan berdasarkan ruang kosong di dalam ayat. Secara tidak langsung ia membantu anak-anak mengecam perkataan dengan lebih baik.

Kesemua 36 buah buku ialah jenis berkulit keras (hard cover). Ia didatangkan bersama dengan kotak buku (slipcase) bagi memudahkan penyimpanan.

Jom lihat contoh dari buku :

Buku 1a





Buku 1b




Buku 1c


Buku Siri 2a, 2b dan 2c

Siri ini sehingga buku ke-12. Insya Allah saya akan berkongsi dari masa ke semasa.

Ingin dapatkan buku ini dengan harga mampu milik?

Insya Allah harganya RM250 termasuk kos pos (Semenanjung). Boleh juga sekiranya mahu bayar secara ansuran. Boleh pm saya di nombor tertera.


Buku ini sedang saya gunakan untuk anak-anak yang sedang belajar membaca. Jika dahulu kami meminjam di Pusat sumber sekolah atau perpustakaan awam negeri Melaka, kini alhamdulillah ada rezeki dapatkan buku ini.

Saya berdoa agar buku ini dapat digunakan oleh anak-anak buah dan sesiapa sahaja yang memerlukannya. Insya Allah.

Gambar di dalam entri ini ialah koleksi peribadi saya.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015