Rabu, 28 Mac 2018

Jigsaw Puzzle untuk anak-anak


Meraikan kesukaan anak-anak bermain jigsaw puzzle, dapat juga kami miliki 2 jenis puzzle bersaiz besar iaitu lower case dan Numbers. Versi terdahulu datang bersama kotak yang lebih lebar.

Kini, packaging baru lebih menarik dan ada pemegang seperti suitcase tetapi tetap muat menampung 28 keping giant jigsaw puzzle dan sebuah buku bersaiz A5. Wah, seronok!


Buku kecil ini mempunyai ilustrasi yang berwarna dan 1 muka surat mempunyai 1 objek. Gambarnya jelas dan boleh membantu menambah perbendaharaan kata anak kecil.

Seronok anak-anak bergilir main giant jigsaw puzzle ini. Ummi kena selalu tinjau juga supaya kepingan puzzle tidak hilang dari radar 😂 Jenuh tau nak mencari bila tak cukup. Gambar pun tak cantik sebab tak lengkap.

Giant Jigsaw Puzzle Numbers

Anak-anak dah semakin besar ni beranilah tambah koleksi jigsaw puzzle. Mereka sudah boleh terima arahan dan mula pandai menjaga barang.

Kenapa mesti pilih Giant Jigsaw Puzzle ini?

✔Meningkatkan kemahiran mengenal dan mengecam (recognition) 
✔Meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah (problem solving)
✔Menguatkan ‘bonding’ antara ibubapa dan anak-anak
✔Menggalakkan komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak

Selain itu, giant jigsaw puzzle ini terdiri daripada :

✔Material yang amat berkualiti, tidak mudah rosak jika terkena air
✔Tahan lama dan boleh digunakan berulang kali
✔Ilustrasi dan gambar yang berwarna-warni, terang, jelas dan menarik
✔Disertakan dengan kotak seakan-akan suitcase supaya mudah disimpan semula dan mudah dibawa ke mana-mana

Tambahan TIP :

✔Bagi puzzle bertajuk alphabet dan Numbers, setiap kepingan boleh juga digunakan sebagai kad imbas (flash card).

Setiap keping puzzle ini bersaiz 8cm x 9cm. Selepas siap dicantum, saiznya lebih kurang 51.5cm x 36.5cm. Macam saiz kertas A3. Besar, kan?

Harganya RM20 untuk sebuah kotak. Boleh kongsi dengan kawan-kawan ofis atau tempat kerja, boleh jimat kos pos 😊👍

Nak dapatkan jigsaw puzzle yang best ini? Klik nombor di bawah. Jumpa lagi!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015