Sabtu, 10 Mac 2018

Cabaran 4 : Ramadan


Hari ini kami bermusafir. Jadi sebahagian besar masa berada di dalam kereta. Kakak Khaulah menawarkan diri untuk bercerita. Alhamdulillah.


Kami memilih buku Siri Bulan-bulan Mulia Islam bertajuk Ramadan terbitan Ana Muslim. Ada empat buah tajuk dalam siri ini iaitu Aidilfitri, Aidiladha dan Haji.



Ilustrasi buku memang comel dan menarik. Ia sudah jadi "trademark" Ana Muslim, bukan?

Di dalam cerita ini, Naufal Dan Ika menyambut Ramadan bersama ibu dan ayah mereka. Digambarkan pelbagai aktiviti bermanfaat yang dilakukan oleh mereka semasa bulan puasa.


Bersahur, solat subuh berjemaah, membaca al-Quran, membantu ibu di dapur, mengurangkan perkara yang melekakan seperti menonton televisyen sehinggalah kepada berbuka puasa dan bersolat terawih. Seronoknya!



Oh ya, setiap muka surat cerita ada aktiviti pada ilustrasinya. Jadi anak-anak leka menyelesaikan permainan yang ada selain membaca cerita. 

Lalu diajarkan kepada anak-anak doa ini : Allahumma ballighna Ramadan. Ya Allah sampaikan kami ke bulan Ramadan.

Sengaja bertanya, best tak cerita ni? Bessst Ummi. Macam kita tahun lepas, kan? Masya Allah. Tak sangka mereka masih ingat. 

Memori Ramadan tahun lepas bertamu di ingatan. Pertama kali dapat sertai tadarus kaum ibu di masjid, beriktikaf dan bersolat terawih penuh sepanjang Ramadan bersama anak-anak. Moga tahun ini lebih baik.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015