Rabu, 7 Mac 2018

10 Hari Cabaran Kembara Buku Bergambar


Ini cabaran untuk diri sendiri sebenarnya. Sudah lama saya tidak konsisten membacakan anak buku sejak mereka boleh membaca sendiri.

Saya fikir, ia tidak begitu adil untuk anak ketiga dan keempat. Masing-masing berusia 3.6 tahun dan 1.4 tahun. Mereka juga harus berpeluang meneroka buku yang menarik mulai sekarang 😊

Objektif Cabaran ini :

🌸 Membaca pelbagai jenis cerita dengan pelbagai tema.
🌸 Menarik minat anak-anak untuk membaca buku.
🌸 Memberi pendedahan sebanyak mungkin akan nilai-nilai murni dan penyelesaian masalah.
🌸 Melakukan aktiviti berdasarkan buku bagi menambah keseronokan membaca.

Mudah-mudahan dapat istiqamah sehingga hari ke-10 nanti!

Doakan kami ya. Ada yang berminat nak turut serta? Jom!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015