Jumaat, 30 Mac 2018

Ulasan Buku : LISTEN



Gambar : koleksi peribadi
Hari Jumaat.

Subhanallah. Sudah seminggu kami pulang dari kampung. Permusafiran selama lebih seminggu itu berakhir dengan satu rasa yang manis. Ya Allah, moga Kau berkati perjalanan kami semua. Amin.

Menginjak ke akhir Mac, usia saya juga semakin bertambah. Tetapi kematian itu semakin dekat. Allah.. bagaimana pengakhiran saya? Semoga husnul khatimah. Amin..

Terbayang-bayang di mata luahan seorang sahabat di dinding Muka Buku beliau. Katanya, usia 30-an adalah masa meninggalkan sebuah legasi. Lalu legasi apakah yang akan beliau tinggalkan?

Sejujurnya, saya juga berfikir akan status muka buku beliau. Tidak terfikir pun apa bentuk legasi yang akan ditinggalkan. Jauh benar azamnya dengan saya.

Ya, saya ibu beranak empat dengan semua anak yang masih kecil. Dengan kerjaya yang sedang dibina tersepit dalam dilema sebagai seorang suri berkerjaya, anak dan menantu yang jauh dari sempurna baiknya, malahan sedaya upaya menjadi anak, isteri dan ibu solehah.

Lalu, tatkala #BukuListen diterima, saya meneruskan pembacaan. Helai demi helai tak tahu mahu gambarkan perasaan.

Penulis, Pn Nurul Amirah Abdul Rahim, Editor Majalah Solusi melalui tagline pada buku ~ Semua Makhluk Boleh Menjadi Guru Asalkan Mahu memang mencabar minda dan diri bermuhasabah.

Ya, jarang orang terfikir ibrah dari sekecil-kecil benda yang Allah cipta. Saya suka sekali dengan info, nasihat dan tip yang dikongsikan. Semua terasa benar dan menusuk ke hati.

Malam ini, hati dipaut pada dua perkara :

📱Bateri 

"Sebagai makhluk hidup, manusia perlu "dicas". Tatkala mendapat signal seperti :

📣 diri semakin seronok berbuat salah
📣 ibadah tidak lagi terasa indah

Itu sebenarnya petanda hati perlu diisi dengan muhasabah, ilmu dan zikrullah.

🔌DAI - Menghubungkan Manusia dengan Allah

D - Doa. Doa bukan untuk mengadu masalah sahaja tetapi ia adalah lambang rendahnya taraf manusia yang perlu berharap hanya kepada Allah.

A - Al-Quran. Mencari gali makna tersurat dan tersirat dalam al-Quran.

I - Ilmu. Semakin belajar semakin rasa kerdil. Moga timbul kesedaran mendekatkan diri kepada Allah

Dan.... Semoga saya tidak menjadi tin kosong 🔇 kerana "Manusia yang tidak mempunyai ilmu ibarat tin kosong, bicaranya bersemangat tetapi tidak meninggalkan kesan di hati pendengar."

Ya Allah, daku mohon keampunan-Mu.

++++

Boleh dapatkan buku ini dari penulis sendiri. Klik www.wasap.my/60134059396

Terima kasih Pn Nurul Amirah atas free gift yang banyak 😘

Buku 17 / 2018
#iRead2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015