Ahad, 11 Mac 2018

Cabaran 5 : Buku Sebelum Hujan Turun


Dua, tiga hari lepas semasa memilih buku bersama anak-anak, saya terperasan tajuk siri ini : "Cerita Sains untuk Kanak-kanak." Menarik ni.

Hari ini, buku ini menjadi pilihan anak ketiga.

Buku ini bersaiz A4 dan mempunyai suku kata berwarna. Ayatnya juga mudah dan menarik. Gambar juga agak besar dan watak arnab sangat menarik minat anak saya.

Kisahnya, anak arnab sedang memetik bunga di lereng gunung. Cuaca panas. Dia terlihat burung layang-layang terbang rendah, ikan timbul sebentar di permukaan air dan semut yang cepat-cepat berpindah-randah.


Eh, mengapa semua berlainan sahaja hari ini? Lalu kawan-kawannya ini menerangkan :

Burung Layang-layang terbang rendah kerana wap air banyak di langit. Hujan akan turun.


Ikan muncul di permukaan untuk dapatkan lebih udara segar. Udara di dalam air kurang kerana hujan akan turun.


Semut berpindah ke sarang baru kerana bimbang sarang akan ditenggelami air. Hujan akan turun.

Masya Allah, inilah tanda-tanda yang diketahui oleh haiwan sebelum hujan akan turun 😊


Bagi anak yang lebih besar, kami buat peta cerita.

Watak
Situasi 3 haiwan
Kesan dan akibat

Bagi anak yang lebih kecil, mereka mahu buat origami arnab dan saya buat sedikit latihan pemahaman.

Alhamdulillah sudah separuh cabaran dipenuhi. Semoga esok bertambah baik! Selamat membaca.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015