Isnin, 12 Mac 2018

Peta Cerita : Buku Sebelum Hujan Turun


Contoh Story Map

Jika dalam bahasa Inggeris, peta cerita dipanggil Map Story. Saya sahaja yang terjemahkan begitu. Tak tahulah istilah sebenar.


Semalam kami baca buku Sebelum Hujan Turun, jadi terasa nak buat Peta Cerita. Cuma hari ini baru siap. Hehe.


Peta Cerita memang mahu didedahkan kepada anak sulung ini. Jika di sekolah, ada buku NILAM. Tetapi kami di rumah, hanya buat catatan ringkas dan sesekali buat begini.

Watak dalam cerita anak mahu lukiskan jadi dia Google dengan kata kunci "rabbit step by step" dan sebagainya. Tapi disebabkan ada yang dirasakannya susah, saya bantu tunjuk cara dan dia lukis sendiri.


Di sini, nampak kepentingan kemahiran menulis dan kreativiti anak melukis serta memikirkan isi penting dari cerita. Kita yang dewasa ini pun perlu berfikir juga 😃

Ok, jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015