Sabtu, 17 Mac 2018

Bercerita Kisah Nabi Sulaiman dengan Semut


Jumaat malam Sabtu ialah kelas fardu ain untuk anak-anak di sini. Baru tiga minggu kelas bermula semula (sebelum ini hanya kelas al-Quran) kerana saya memikirkan keperluan untuk memenuhi ruang tarbiah rohani anak-anak kecil.

Saya tidak sempurna. Malah jauh untuk menjadi murabbi. Namun saya harap dengan memberi kepada anak-anak ini menjadikan saya muslim yang lebih baik setiap hari.

Minggu pertama dan kedua banyak kepada memperkenalkan Allah sebagai tuhan kita. Apa yang Allah cipta, apa ciri-ciri Allah, adakah Allah sama seperti manusia dan mengajak anak-anak ini berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.

Minggu ini sedikit berbeza. Mencuba pendekatan bercerita kisah dari Al-Quran. Surah An-Naml ayat 15 hingga 19.

Ya, pasti dapat agak kan? Kisah Nabi Sulaiman dengan semut. Permulaan kelas dimulai dengan bertanya agak-agaknya haiwan apa yang disebut oleh Allah dalam al-Quran.

Ada yang menjawab unta, gajah, semut, lebah, lipas (?) dan rusa. 

Hehe.

Maka, sesi bercerita dimulakan. Saya hanya menggunakan sekeping gambar sebagai latar cerita malam tadi.

Masya Allah, reaksi anak-anak ini meneduhkan hati. Ada yang terlopong mulutnya mendengar kisah Nabi Sulaiman yang memahami bahasa haiwan, jin dan manusia.

Sempat diselitkan supaya tidak sewenang-wemangnya membunuh semut. Ini disebabkan saya pernah melihat ada antara mereka sengaja memburu semut dan membunuhnya.

Aktiviti cerita ini diinspirasikan dari buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran tetapi diubahsuai sedikit mengikut masa yang terhad.


Mereka dikehendaki menulis tajuk dan sumber ayat di dalam buku dan dilukiskan sedikit ilustrasi. Saya dan seorang lagi guru membantu memberikan tambahan hiasan untuk dilekatkan pada sarang semut yang mereka lukis.



Disebabkan buku tulis ini saya pegang, maka bersungguhlah mereka menyiapkan kerja. Ada yang masih belum pulang jam 8.45 malam! 

Hasil kerja sebahagian anak-anak ini

Aduhai, ibu ayah sudah lama menunggu meskipun saya sudah beri kebenaran untuk pulang. Kebiasaannya mereka akan pulang sebelum 8.30 malam 😅

Alhamdulillah. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015