Jumaat, 9 Mac 2018

Cabaran 3 : Naik Kereta


Pertama kali terjumpa buku ini semasa mengemas rak buku di Pusat Sumber Sekolah beberapa minggu sebelum saya cuti bersalin pada tahun 2016. Gigih betul mengira jumlah buku yang ada untuk kemas kini data.


Masya Allah. Rupanya ada banyak buku menarik yang tidak sempat diteroka oleh saya. Anak-anak murid apatah lagi 😅 Alahai rindu pula waktu bertugas sebagai penyelaras perpustakaan.

Baik. Kembali kepada buku ini.

Hari ini, saya yang memilih buku. Sengaja memilih buku tanpa teks. Mahu lihat reaksi anak-anak.

Subhanallah, nampaknya si kecil Abdurrahman dan Asma' yang lebih terpaku melihat gambar-gambar.

Mulanya saya memberi tawaran untuk mereka yang bercerita tetapi anak-anak mahukan ummi juga bercerita. Tetapi, makin diselak helaian buku, semakin banyak pula idea cerita keluar dari mulut anak-anak.

Hihi. Layankan sahaja.

Seronok dengar imaginasi anak ini. Gambar juga sangat membantu anak-anak memahami jalan cerita. Tabik hormat kepada penulis dan pelukis buku. Bukan senang tau menghasilkan buku bergambar kanak-kanak yang baik.

Mengikut sinopsis, Naik Kereta mengisahkan seorang budak lelaki berusia 4 tahun yang belum bersekolah menjalani kehidupan seharian. Kakaknya pergi ke sekolah, ayah keluar bekerja dan dia tinggal di rumah bermain dengan adik dan membantu ibu menjaga adik sementara ibu sibuk membuat kerja rumah.

 




Ibu juga akan membeli bahan mentah untuk masakan dari pakcik yang datang berjual dengan membawa sebuah lori. Dulu-dulu, semasa di kampung memang selalu lihat situasi ini. Bagus perkhidmatan ini. Memudahkan ibu surirumah.




Anak lelaki ini gembira menunggu kepulangan kakak dan ayah kerana ibu berjanji akan pergi menziarahi nenek pada sebelah petang.

Cerita biasa tetapi sarat dengan mesej kekeluargaan. Banyak yang kita boleh selitkan seperti :

✔Bangun awal pagi (dalam gambar menunjukkan jam 6.15pagi) untuk urus diri, solat dan sarapan.
✔Bantu ibu bermain dan menjaga adik sementara ibu selesaikan tugasan rumah.
✔Berdisiplin belajar dengan baik.
✔ Tidak bergaduh sesama adik-beradik.
✔ Bermain ada masanya. Bermain dengan kawan-kawan merapatkan hubungan.
✔ Berdisiplin mengatur masa seharian dengan baik membantu kita mendapat emosi yang stabil. Ibu ayah sayang, anak pun suka hati 😉
✔Menziarahi ahli keluarga terdekat dapat pahala dan ia satu amalan yang sangat baik.

Alhamdulillah. Jumpa lagi untuk cabaran seterusnya. Buku apa pula yang akan kami baca esok?

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015