Jumaat, 2 Mac 2018

Stiffin Test


Dah lama dengar pasal Stifin tapi tak pernah berkesempatan pergi. Melalui WhatsApp Group TANG juga banyak perkongsian dibuat oleh 'otai-otai' di situ.

Saya memang berniat untuk membawa anak kedua ke ujian Stifin. Sebabnya saya mahu mengenali corak belajarnya dan mengambil langkah yang lebih baik untuknya.

Alhamdulillah, Allah takdirkan untuk hadir ke program Stifin di Bukit Katil, Melaka tahun lalu.

Keputusan ujian Stifin menunjukkan anak saya jenis Si iaitu Sensing Introvert 😃 Hampir kesemua ciri yang dinyatakan saya akui kecuali bab makan. Hihi.. tidak begitu ketara yang dia sentiasa mahu makan ketika buat sesuatu.

Yang kuat makan, anak nombor 3. Agaknya dia juga jenis Sensing 😆

Oh ya, sebenarnya Stifin ini ialah akronim bagi :

Sensing
Thinking
Intuiting
Feeling
Instict

Mahu terangkan lebih lanjut pun saya tidak pandai. Namun, bagi anak saya jenis Si ini, secara umum sifatnya :

✔ Memiliki tenaga yang banyak
✔ Sebab itu dia dilihat sentiasa mahu bergerak
✔ Kecerdasannya ialah pada kekuatan ingatan / memori
✔ Bersemangat tinggi
✔ Pandai berjimat dan urus kewangan (menyimpan wang)
✔ Berdisiplin
✔ Otaknya seperti ensiklopedia 

Menurut laman blog Stifin Jogja, orang Si ialah orang yang penuh bersemangat tetapi mudah putus harap maka dia perlu dimotivasikan selalu, diberi pujian dan didorong.

Ia akan lebih bersemangat sekiranya ada rakan lain yang boleh dicontohi. 

Teringat kata Tn Dr Baha, orang Sensing manja orangnya. Allahu. Benar, Dr. Saya "recall" semua perlakuan anak semasa menghadiri previu penuh, masya Allah. Baru saya faham. 

Harapnya selepas ini saya lebih sabar dan maklum akan tingkah laku si anak ini.

Ilmu yang menarik dan baru buat kami suami isteri. Namun ada banyak yang perlu kami belajar dari Stifin. Moga Allah izin nanti 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.con
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak

Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015