Rabu, 7 Mac 2018

Cabaran 1 : Buku Mon dan Lon





Saya telah menulis di sini tentang Cabaran Kembara Buku Bergambar bersama anak-anak.

Untuk hari ini, anak-anak memilih sebuah buku bergambar bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buku : Mon dan Lon

Buku ini baru diterbitkan pada 2017 yang lalu dan saya beli ketika YES Disember lalu. Bukunya menarik sekali. Bersaiz besar (10 x 10 inci) dan berkulit lembut (soft cover).



Buku ini mengisahkan dua ekor tikus yang tinggal di kawasan yang sama tetapi di tempat berlainan. 

Mon di dalam tiang kayu di dapur rumah dan Lon tinggal di dalam tanah di bawah rumah. Namun mereka berdua berkawan baik tetapi Lon pernah menghina Mon kerana sarang Mon yang kecil dan tiada makanan. 

Berbanding sarang Lon yang banyak menyimpan makanan. Ditakdirkan hujan lebat melanda kampung. Banjir naik menenggelamkan sarang dan semua makanan Lon.

Lon berasa malu untuk meminta bantuan Mon. Tetapi Mon yang baik hati menghulurkan bantuan sehingga hujan berhenti dan banjir surut.



Pengajaran dari cerita ini ialah :

✔ Kita tidak boleh menghina orang lain yang dianggap miskin.
✔ Kita kena buat baik dengan semua orang sebab kita tak tahu mungkin suatu hari nanti orang itu yang menolong kita. Atau dengan doanyalah kita dapat masuk ke syurga.
✔ Berkongsi seadanya apa yang kita ada dengan orang.
✔ Memberi bantuan kepada yang memerlukan seperti dalam Surah Al-Ma'un, hatta jiran yang datang untuk meminjam cerek pun kita perlu usahakan beri pinjam. Masya Allah.
✔ Berkata yang baik. Kerana di dalam hadis ada menyebut : Al-kalimatuttoyyiba tussadaqah. (Perkataan yang baik adalah sedekah). 
- Mujur anak- anak masih ingat untaian hadis ini.

Saya mengambil peluang menasihati mereka supaya meninggalkan ucapan-ucapan yang boleh menimbulkan marah antara satu sama lain.

Contohnya, 

Tadi kakak pergi kedai tau! Abang Ngah tak dapat ikut.

Masa ni mereka semua ketawa sebab dah biasa buat,kan? Entah kenapa suka nak bagi adik marah 😒

Ok, apa ayat yang sepatutnya boleh cakap?

Abang ngah, tadi kakak pergi kedai sekejap. Nanti lain kali kita pergi sama ye. Insya Allah.

Ha, ada beza tak dua ayat ni? Disebut dengan intonasi yang baik?

Bezaaaaa. Jawab anak-anak. Haih.. moga mereka dan ummi ni lebih sabarrr.😆

Aktiviti berdasarkan buku

Mereka meminta untuk membuat origami. Jadi kita buat yang ringkas sahaja. 

Bahan : kertas warna, gam, gunting dan krayon.

Gulungkan kertas, gam dibucunya dan lekatkan. Kemudian potong misai tikus, tampalkan pada muncung dan akhirnya 'touch up' mata dan hidung tikus. Siap!

Menunggu-nunggu sahaja aktiviti menggunting

Dia pula excited dengan tikus ni. Kerepot jadinya 😂

Tiga "ekor tikus" 😆

Mereka masukkan tangan ke dalam kertas tu dan mula buat cerita sendiri 😂

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015