Jumaat, 16 Mac 2018

Kelas Roti Anak-anak


Alhamdulillah Allah izinkan kelas memasak bersama anak-anak semalam berlangsung lagi. Kali ini kami meroti pula. Untunglah ibu susu ada macam-macam skill memasak ๐Ÿ˜‰ dan paling penting SABAR melayan anak-anak. Saya pula kebanyakan waktu jadi pemerhati sebab tak mampu nak sesabar beliau. Haha.

Dan kali ini lebih teratur arahan, disiplin dan perjalanan memasak. Meja jepun yang lebar sesuai untuk kesemua 4 orang anak ini dan 2 orang ibu. Aras rendah sesuai dengan ketinggian anak-anak. Duduk dan berdiri sedang elok sahaja.


Mula-mula, aturkan bahan, bahagikan tugasan, baca resipi dan masukkan bahan satu-persatu. Siap semua, kami masukkan ke dalam breadmaker. Alhamdulillah, ada gajet yang memudahkan.




+++
Resipi :

380g tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
3 sudu kecil yis segera
80g gula castor
1 biji telur gred A*
100ml air sejuk*
100g water roux (lihat ***)
60g marjerin / butter*
Mozarella / parmesan dan gula secukup rasa untuk hiasan


Cara-cara :

๐ŸŒธ Masukkan bahan basah (*) dahulu diikuti bahan kering.
๐ŸŒธ Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat ketepatan yang dikehendaki.
๐ŸŒธ Tapi kami gunakan breadmaker (BM) sahaja, jadi hanya letak dalam BM. 

*** Cara membuat Water roux :

50g tepung gandum
250ml air

Cara : masukkan dalam periuk kecil. Guna api kecil. Panas dan kacau sehingga pekat.

+++

Sementara menunggu doh diuli, anak-anak sambung bermain blok, masak-masak, bertukang, berlakon dan 101 aktiviti lagi ๐Ÿ˜„ Ibu dua orang ni tak sudah-sudah berceloteh. Maklumlah, suri rumah yang jarang berjumpa๐Ÿ˜…

Ting! 

Yeayy.. siap sahaja doh, anak-anak basuh tangan dan mula mengambil tempat masing-masing. Mereka ambil doh sendiri, canai, masukkan inti dan bentukkan mengikut apa yang di ajar oleh Ummi Kay. Kami guna inti kacang merah dan sekaya.

Ada bentuk bunga, bentuk bulan sabit, bentuk ulat gonggok (heheh) dan bentuk muka teddy bear. Nampaknya dah makin nampak kelebihan dan kecenderungan anak-anak semasa meroti. 

Ada yang diam, fokus. 
Ada yang diam, tapi buat hal sendiri ๐Ÿ˜‚ 
Ada yang mulut bising, tapi tangan tetap buat sampai jadi. 
Ada yang mulut bising tapi cepat putus asa. 

Opss.. tak mengapa. Baru permulaan. Masih boleh diberi tunjuk ajar ๐Ÿ’“

Seperti biasa. Berselera anak-anak makan bila roti mereka siap. Tak sempat nak simpan untuk abi mereka. 



Tak mengapa tunggu doh seterusnya. Nak dijadikan cerita, doh itu bantat๐Ÿ˜… Gigih pula Ummi Kay buat lagi sekali selepas kami pulang ke rumah. Siap hantar ke rumah petang semalam. Jazakillahu khaira๐Ÿ˜

Alhamdulillah. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015