Selasa, 20 Mac 2018

Kit Seronok Membaca


Anak ketiga dalam fasa mula belajar membaca. Namun usianya masih kecil jadi saya hanya ajar secara santai.

Ya, banyak sekali pendapat dan kajian sebahagian pakar mengatakan kita tidak boleh memaksa anak belajar membaca.

Bagi saya, usia di bawah 6 tahun memang fasa anak-anak menyerap segala info yang mereka dapat. Namun, gunakan ruang masa yang ada dan kreativiti ibu ayah dalam mendidik anak-anak. 

Jangan biarkan masa emas anak berlalu begitu sahaja.

Nak main, silakan.
Nak menulis, latihkan.
Nak mengaji, ajarkan.
Nak membaca, tunjukkan.

Tetapi mengikut kemampuan anak.

Asma', berusia 3 tahun 7 bulan Mac ini. Saya cuba menarik minatnya dengan mengajar huruf melalui aktiviti lacing, bermain doh, jigsaw puzzle, memanjat dan sebagainya.

Aktiviti bertema juga dibuat tidak konsisten. 

Saya tertarik dengan kaedah fonik. Selain buku Bacalah Anakku, saya turut menggunakan buku latihan Fonetik Ekspres 1 dan 2.

Kali ini saya cuba approach dengan Kit Seronok Membaca. Sebab ada lebih 4 aktiviti di dalamnya. Playdoh pun ada! Memang favourite anak-anak.

1) Buku Aktiviti Membaca

- Tebal buku ni. Saiz A5. Lihat dalamnya. Diperkenalkan huruf (kecil), pengenalan perkataan berkaitan dan ada 2 muka surat latihan.


2) Playdough

- Disertakan 3 botol mini playdough untuk aktiviti membentuk huruf. Tekstur yang lembut, sedikit kenyal dan paling penting tidak melekit! Ummi pun syok main doh ni 😅


3) Menampal gambar dengan sticker.

- Ada 30 keping sticker untuk aktiviti di dalam buku aktiviti. Ada ruang disediakan. Kita boleh minta anak sebut dan tampal dalam ruang latihan yang betul.


4) Templat kad menulis.

- Dengan gambar dari Buku Aktiviti, anak boleh belajar menulis dan mengecam perkataan.


5) Surih huruf.

- Boleh mantapkan kemahiran menulis anak dalam buku aktiviti.


6) Buku Panduan

- Khusus untuk ibu bapa dan guru yang akan mengajar anak-anak.

Alhamdulillah, semoga anak-anak ini mendapat manfaat dari Kit Seronok Membaca. Ummi ni pun tumpang teruja. Hehe.

Dengan harga RM30 untuk sebuah kit begini memang berbaloi bagi saya. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015