Ahad, 18 Mac 2018

Belajar Info Al-Quran dengan X-plorasi Surah Al-Quran


Sesi tadabbur kali ini saya ambil idea Pn Khadijah Gani, penulis buku Bukan Sekadar Homeschooling. Salah satu usaha menarik minat anaknya mengaji al-Quran ialah menggunakan buku X-plorasi Surah Al-Quran. 


Anak-anaknya tekun membaca sebuah surah semata-mata ingin mencari maklumat berdasarkan fakta yang dibaca dari buku itu. Masya Allah.

Ternyata, untuk anak yang sudah boleh memahami, mereka jadi minat dan tekun membuat kerja dengan sukarela.

Hari ini kami melihat info pembahagian di dalam al-Quran iaitu :

✔ Juzuk - ada 30 yang disusun oleh para ulama.
✔ Hizb - separuh juzuk. Ada simbolnya di tepi muka surat. Bermakna :

1 juzuk ada 2 hizb.
1 al-Quran ada 66 hizb.

✔ Rubuk - simbolnya saya panggil bunga sebab bercabang seperti bunga 😉 Maksud rubuk ialah suku. 

1 hizb - 4 suku.

✔ Rukuk - simbolnya seperti huruf 'ain. Rukuk ini ialah pembahagian ayat berdasarkan topik atau isu dalam sesuatu surah.

✔ Manzil - al-Quran dibahagikan kepada 7 bahagian sama banyak.. Biasanya memudahkan orang yang membaca al-Quran untuk dikhatamkan dalam masa 7 hari. Wallahualam.

Untuk lebih jelas, boleh lihat gambar di bawah.




Untuk aktiviti, saya tunjuk ajar anak membuat sebuah buku mini dari sekeping kertas A4. Teringat kepada pensyarah saya di Maktab dahulu. Cik Meskinah yang mula-mula memperkenalkan cara ini. 

(Sungguh, saya rindu zaman belajar. Para pensyarah Pendidikan Khas sangat banyak ilmu yang dapat menjadikan pembelajaran menarik dan menyeronokkan. Moga Allah berkati mereka semua.)

Khaulah memilih corak belon panas untuk hiasan dalam buku lalu dituliskan kesemua info al-Quran tadi.



Nampak senang tetapi mengambil masa untuk disiapkan 😊 


Barakallahufik.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015