Isnin, 19 Mac 2018

Tadabbur Surah An-Naml ayat 15 - 19


Berpandukan buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran, kami memilih kisah Nabi Sulaiman dengan Semut. Sebenarnya ia kisah yang panjang jika bermula dari ayat 15 hingga ayat 27 di dalam surah An-Naml. 

Kisah semut bersambung dengan kisah Burung Hud-hud melaporkan tentang kerajaan Puteri Balqis.

Untuk sesi kali ini, kami memilih kisah semut sahaja.

Anak membacakan ayat dan terjemahan Surah An-Naml ayat 15 hingga 19.


Lalu diterangkan serba sedikit dan kami lihat video fakta semut. Sukalah anak-anak bila tiba "screen time".

Ada beberapa fakta semut :

✔ Semut hitam tiada sengat.
✔ Semut ada 2 perut.
✔ Semut tidak tidur.
✔ Semut boleh bawa barang yang beratnya 50 kali ganda dari berat mereka.

Aktiviti melukis dan mewarna dipilih oleh anak-anak. Kali ini saya bimbing mereka buat kelainan sedikit pada bunga dan rumput. 


Meskipun kecil sahaja kraf ini, tapi mereka seronok jadikan bunga dan rumput seperti bentuk 3D. 


Insya Allah, akan ada lagi sesi tadabbur selepas ini. Saya tidak begitu pandai menerangkan kepada anak-anak. Sebelum sesi ini, perlu baca dahulu buku tafsir, bertanya suami dan merujuk ilmuwan yang berkelayakan.


Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015