Selasa, 13 Mac 2018

Cabaran 7 : Buku Main Batu Seremban



Main Batu Seremban ini ialah buku dalam Siri BAWAL terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Masya Allah, nostalgia sungguh buku ini. Saya dan adik-adik membesar dengan siri BAWAL. Semasa kecil ayah sering membawa kami membaca buku di Perpustakaan Desa Air Tawar, Merlimau. 

Buku ini ada banyak tajuk. Terasa seperti tidak habis-habis kami baca 😄 Alhamdulillah berkesempatan mendapatkan sedikit buku ini untuk anak-anak. Seingat saya, saya beli ketika baru berkahwin dahulu. Anak pun belum ada 😅

Main Batu Seremban memaparkan dua orang kawan baik, Sarah dan Izzah yang bermain batu seremban tatkala ibu-ibu mereka berjumpa sekejap. 

Gambar : koleksi peribadi





Melalui cerita ini anak-anak didedahkan dengan permainan batu seremban dan cara bermain (melambung 1 batu seremban ke atas, dan mengambil baki di atas tanah, menimbang batu seremban dan menangkapnya kembali).

Dalam masa yang sama anak-anak belajar kiraan asas matematik. Seronok dibaca. Apatah lagi apabila dapat bermain sendiri batu seremban dengan anak-anak.
Baca sambil baring. Dah janji baca sebelum tidur tengahari.
Ha, nanti saya kongsikan lagi ya insya Allah. Dari mula proses menjahit batu seremban, memasukkan kacang hijau ke dalam pundinya seterusnya mengajar anak-anak bermain batu seremban. Mudah-mudahan saya dapat berkongsi di sini. Doakan ya 😍

Nilai yang diperoleh dari buku ini ialah :

1) Anak mempelajari salah satu permainan tradisional.
2) Pendedahan kepada kiraan asas matematik.
3) Penerapan kemahiran sosial seperti menunggu giliran dan sabar ketika kawan sedang bermain.



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

6 ulasan:

  1. Sy mencari koleksi bawal ni. Hehe tapi masih tak jumpa. Susah nak cari. Mungkin sbb dah lama sangat buku ni. Harap2 akan jumpa nnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu, saya nampak DBP ada jual semula koleksi buku ni :)

      Padam
  2. DBP di mana? Nak sangat beli kesemua koleksi. Puas mencari

    BalasPadam
  3. Contact saya boleh? Lepas pkp nanti boleh minta kakak sy belikan jika buku itu di DBP Melaka. Sy duduk kuching sekarang. Ig sy wanotkarim

    BalasPadam
  4. Salam Puan Aina, boleh saya tanya jika Puan Masih lagi ada buku ini?

    BalasPadam

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015